in

Lelaki Dipukul Pengawal Keselamatan Hingga Pecah Kepala Kerana Tidak Dengar Larangannya Bermain Bola

Cota

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagai diberi betis, mahu peha pula pekerja warga asing di Malaysia ini. Selepas baru sahaja bekerja selama tiga hari di sebuah pangsapuri dekat USJ 1, seorang lelaki warga Nepal telah memukul seorang remaja menggunakan cota hingga pecah kepala.


Menurut Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku jam 5.30 petang Khamis lalu, mangsa telah dicekik dan dipukul pengawal keselamatan tersebut kerana tidak mendengar arahannya melarang bermain bola di kawasan bawah pangsapuri itu.

20915294 315664702232007 6980516803498559073 N
sumber: facebook

Mangsa, Muhammad Wafiq Muhammad Zaidi, 16, merupakan anak ketiga kepada ibu tunggal, Akmalun Nisa Yunus, 48, telah turun bermain bola bersama tujuh rakannya yang lain di kawasan lapang dekat bawah pangsapuri tersebut. Pun begitu, secara tiba-tiba pengawal keselamatan itu datang dan melarang mereka bermain bola.

Suspek kemudian cuba merampas bola dari Wafiq dan rakan-rakannya, namun mereka berkeras enggan memberinya. Bengang dengan kedegilan remaja tersebut, suspek telah menerkam Wafiq dan memegang leher mangsa serta memukulnya berkali-kali menggunakan cota. Ganasnya jaga macam ni! 

20842200 315665422231935 2324257830916873562 N
sumber: facebook

Berikutan pertengkaran itu, rakan Wafiq cuba membantu untuk meleraikan keadaan, namun suspek bertindak ganas dengan cuba memukul mereka sebelum bertindak melarikan diri ke pondok pengawal.

Akibat daripada serangan itu, Wafiq menerima enam jahitan di kepala dan cedera di tangan serta badan. Dia kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut. Manakala rakannya yang berusia 17 tahun cedera ringan di kepala.

20842018 315664828898661 2826131504482742441 N
sumber: facebook
20914528 315665405565270 1529011079207335454 N
sumber: facebook

Susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat ibu Wafiq di Balai Polis USJ 8 pada jam 10 malam.

Malangnya, pengawal keselamatan tersebut sudah melarikan diri dan Akmalun telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak pengurusan syarikat keselamatan berkenaan. Buat masa kini, suspek masih gagal dikesan pihak pengurusan syarikat keselamatan terbabit.

Menurut ibu mangsa, selama 10 tahun dia tinggal di pangsapuri tersebut, pihak pengurusan perumahan tidak pernah menghalang anaknya bermain bola di kawasan tersebut dan bertindak agresif terhadap remaja bawah umur.

Anaknya bersama rakan lain juga pernah meminta kebenaran pihak pengurusan perumahan sebelum ini untuk bermain bola dan ternyata mereka tidak pernah mempunyai masalah.

“Saya harap pihak polis dapat mengesan suspek dan mengenakan tindakan undang-undang sewajarnya atas tindakannya itu,” kata Akmalun.

Difahamkan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan suspek kini dalam buruan polis.

Makin ramai pendatang asing bekerja di negara ini, makin banyak jenayah yang berlaku. Tak rasa gitu?

Baca: MMA Fighter Tunjuk Hebat Mahu Berlawan Dengan Pengawal Keselamatan Tetapi Berjaya Dikalahkan Dengan Mudah

Mma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.