in

“Jual tisu dapat RM20 satu malam”- [VIDEO] Pernah Digelar Pengemis! Anak Kongsi Kepayahan Ibu ‘Istimewa’ Besarkan Adik-beradik

Ft Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia pasti pernah alami pengalaman pahit manis kehidupan semasa kecil. Kita takkan terlepas daripada menerima ujian dari Yang Esa. Ujian itu juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar dan tidak ada jalan mudah untuk berjaya.


Sama dengan kisah kalini. Dalam perkongsian @syamimia_, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang mengisahkan bagaimana dia dibesarkan oleh seorang ibu yang istimewa.

@syamimia_

It is hard to live in with curious and self-assuming citizens on someone’s life. #foryou #fyp #mylife

♬ My Heart Will Go On – 吴奇 – 北京唯爱美艺文化传媒有限公司

“Ibu yang luar biasa”

Bagi Syamimi, bukan mudah untuk dia menceritakan kisah hidupnya di media sosial. Dia yang mempunyai tiga orang adik beradik perempuan dibesarkan oleh ibunya yang mempunyai masalah cacat penglihatan sejak kecil.

Mengimbas kembali kenangan bersama wanita itu, syamimi berkata sebelum ini demi untuk meneruskan kehidupan, setiap malam ibunya akan menjual tisu di sekitar ibu kota dan itu merupakan satu-satunya punca pendapatan bagi mereka.

Malah lebih menyedihkan pernah sekali wartawan ambil kesempatan mengambil gambar tanpa kebenaran dan menggelar ibunya pengemis pada tahun 2000.

“Mungkin mereka tidak tahu kisah hidup kita”

Syamimi juga ingat, ibunya pernah berkata, orang biasa (orang lain) yang tak tahu perjalanan hidup mereka, acapkali memandang ibunya dengan pandangan benci, menyampah malah mengambil gambar sesuka hati sehingga memberi gelaran pengemis walaupun mereka sedang berniaga tisu dan tidak mengganggu orang lain.

Suatu hari nanti kita boleh jelaskan dan bagitau mereka kan ummi?”

Kata Syamimi lagi, dengan berniaga tisu, ibunya memperoleh RM20 untuk satu malam itupun setelah ditolak dengan tambang teksi, makan dan modal tisu untuk keesokan hari. Walaupun  berniaga tisu tak seberapa, ibunya tidak pernah memaksa pelanggan untuk membeli.

Cik, derma ikhlas. Jadi ramai yang memberi 10 hingga 50 sen untuk satu tisu”

Sewaktu usianya 15 tahun, Syamimi pernah teman ibunya berniaga ketika cuti Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan apa yang memalukan apabila mereka telah dihalau oleh orang awam kerana mereka beranggapan bahawa anak beranak itu adalah pengemis.

Namun Apa yang membanggakan adalah dia telah mendapat semua A dalam keputusan PMR ketika itu. So proud of you!

Ummi3

Difahamkan ibunya Syamimi telah meninggal dunia pada 1 Oktober 2020 akibat kanser ovari tahap empat di sisi Syamimi selepas mengetahui penyakit tersebut tiga bulan lalu. Syamimi sempat menjaga ibunya yang sedang sakit dan ibunya berpesan jangan takut untuk datang lawat kuburnya.

Dia menceritakan kisah tersebut adalah untuk menceritakan pengalaman dan menjadi pengajaran yang baik untuk semua.

Jagalah ibu kita selagi dia masih ada, syurga kan di bawah telapak kaki ibu.

Baca: “Mak  dia ingat tak ada orang nak beli” Lelaki Terkejut Lukisan RM 1 Anak Habis Terjual

Fi Anak Jual Lukisan E1631169490499

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.