Isu lambakan karya penulisan kreatif digital atau ebook yang mengandungi unsur lucah keterlaluan (porn) nampaknya kembali mencetuskan kegelisahan dan kemarahan dalam kalangan netizen, terutamanya di komuniti Book Threads.
Terbaharu, tular hantaran seorang wanita yang meluahkan rasa terkilan dan terkejut selepas mendapati adiknya sendiri telah terbeli sebuah ebook berbahasa Melayu yang mengandungi plot serta naratif pornografi yang sangat melampau.
Artikel berkaitan: Anugerah Buku Negara Ditarik Balik, Keluarga Cikgu E Anggap Ia Tindakan Tepat
Artikel berkaitan: “Ni kira plagiat tak?” – Banyak Guna Lirik Lagu, Ramai ‘Cringe’ Baca Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega
“Jangan Tuduh Keluarga Tak Pantau!”
Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan tampil mempertahankan keluarganya daripada sebarang tuduhan tidak memantau aktiviti digital golongan bawah umur atau remaja di rumah. Jelasnya, akses mudah secara digital dan kepintaran kanak-kanak zaman sekarang menyukarkan sekatan sepenuhnya tanpa kesedaran daripada pihak penulis sendiri.

Hantaran penuh klik di sini.
“Di sini saya nyatakan sekali screenshot ebook porn yang telah dibeli oleh adik saya! Jangan tuduh saya atau keluarga saya tak pantau! Budak sekarang bijak. Saya sedikit terkilan sebab masih ada penulis yang tulis cerita porn ni,” luahnya.
Berdasarkan beberapa keping tangkap layar helaian muka surat ebook yang dikongsikan, karya bertajuk komersial itu memaparkan penggunaan laras bahasa dan deskripsi aksi seksual yang sangat intim, kasar, serta terbuka tanpa sebarang tapisan.
Netizen Kesal, Gesa Penjaga Lebih Berwaspada
Hantaran tersebut nyata membuka mata ramai pihak, terutamanya ibu bapa yang bimbang pasaran ebook tempatan kini semakin dicemari dengan penulisan yang tidak bermoral dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja tanpa pengesahan umur yang ketat.
Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyatakan rasa jijik dengan tindakan segelintir penulis tempatan yang sanggup menggadaikan maruah dan moral demi mengaut keuntungan mudah melalui penjualan karya pornografi bertulis.

Dalam pada itu, bercakap kepada Lobak Merah, beliau menegaskan bahawa pihaknya akan membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Maklumat (MCMC) berhubung isu itu.
Sumber: Threads
