in

“Jika kematian disebut-sebut, ia petanda husnul khatimah”- Mufti WP Jelaskan Kenapa Pemergian Abam Masih Jadi Bualan Ramai

Untitled Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi meninggalkan kita semua.


Yang paling merinduinya sudah pasti keluarga dan sahabat handai, yang tidak menyangka pemergian Allahyarham dalam tempoh begitu cepat.

Paling ketara yang dirasai sehingga kini adalah, kematian Abam dan kebaikan yang dibuat semasa hayatnya — masih lagi menjadi bualan orang ramai.

Terpanggil untuk mengulas mengenai perkara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada memuatnaik satu thread di laman Twitternya — menjelaskan mengapa kebaikan sesuatu individu itu dizahirkan selepas kematiannya.

Gadis Sabah Berjaya Pikat Hati Abam Bocey Dan Keluarga Rotikaya

Mufti terlebih dahulu mengakui beliau tidaklah mengenali Abam secara lebih dekat, namun telah beberapa kali menonton jenakanya di televisyen.

Malah, ketika Abam dikhabarkan meninggal dunia — beliau juga tergerak hati untuk menziarahi arwah. Namun akibat kekangan masa, hajat itu tidak dapat diturutkan. Pun begitu, beliau tetap mengikuti setiap perkembangan sepanjang proses pengebumian arwah Abam.

Mufti kemudian mula menjelaskan mengapa kematian Abam masih lagi menjadi sebutan ramai, meskipun telah hampir seminggu dijemput Ilahi ke alam baru.

Abam1 1

Ada satu hadis dikongsi Mufti mengenai perkara ini.

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, “Ketika satu jenazah diiringi, orang ramai memuji jenazah tersebut sebagai orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi SAW pun bersabda mengenainya: ‘Wajib, wajib, wajib.’

Lalu datang pula iringan jenazah yang kedua, orang ramai mengutuk mengenai jenazah tersebut sebagai orang yang jahat semasa hidupnya. Nabi SAW pun bersabda: ‘Wajib, wajib, wajib.’ Umar berkata: ‘Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku!

Ketika jenazah pertama diiringi, orang ramai memujinya sebagai orang baik, lalu kamu berkata: Wajib, wajib, wajib. Kemudian ketika jenazah kedua diiringi, orang ramai mengutuknya sebagai orang yang jahat, kamu juga berkata: Wajib, wajib, wajib. Apa ertinya?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang jahat, maka diwajibkan kepadanya neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi.

Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi.”

(Riwayat Muslim, no. 949)

Abam2 2

Selain itu, Mufti turut berkata antara tanda lain husnul khatimah adalah bilangan jemaah yang hadir untuk menunaikan solat jenazah ke atas si mati adalah ramai jumlahnya.

Abam4 1

Kata Mufti lagi, “Betapa indahnya percaturan Allah SWT. Dengan pemergian seorang pelawak terkenal yang mungkin tidak kita ketahui peribadinya selama ini melainkan jenakanya, Allah zahirkan satu-persatu kebaikannya dan menjadi pujian ramai orang.”

Allahu, kematian Abam dicemburui ramai. Semoga Allahyarham tenang sentiasa di sana, Amin.

 

Baca: “Nampak masa ni abam dah lain” – Kawan Baik Kongsi Video Terakhir Bersama Abam, Netizen Perasan Wajah Arwah Penat & ‘Berbeza Dari Biasa’

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.