in

Jenazah Covid-19 Tiba-tiba Hilang Dalam Simpanan, Cari 2-3 Kali Di Tempat Sama Tapi Tak Jumpa, Rupanya…

Ft Jenazah Pesakit Covid Hilang Hijab Tertutup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa selebriti dilihat melakukan kerja sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehinggakan ada pulak kisah yang tak enak didengar. Namun, ramai tidak tahu ada seorang pelakon menawarkan diri untuk bertugas di tempat penyimpanan jenazah atau mayat mangsa Covid-19 di sebuah hospital di Lembah Klang.


Dwan Hamid atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Shahul Hamid, 30, berkongsi kisah yang dilaluinya sepanjang bertugas di situ. Menurut mStar, kata pelakon Tanah Kubur itu selain berisiko untuk dijangkiti dia turut berdepan pelbagai pengalaman mistik yang tidak dapat dilupakan.

Saya memilih untuk bertugas mengurus jenazah pesakit Covid-19. Saya anggap ini sebagai peluang besar untuk menyumbang tenaga membantu petugas barisan hadapan.”

Sebab saya ni jenis yang suka buat perkara yang orang taknak dan benda yang orang lain takut….tapi saya nak.”

Dwan1

Dwan yang menjadi Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) sejak awal Julai berkata dia dan pasukannya bertanggungjawab mengurus, memandi dan menkafan jenazah. Baru-baru ini, Dwan ada berdepan dengan insiden yang mendebarkan dan tidak dapat dilupakannya.

Kejadian ni baru berlaku hari Selasa lepas, ada waris ni datang nak tuntut jenazah keluarga dia…jadi saya pergi la tengok mayat tu, tapi tak ada!”

Memang terkejut dan pelik…saya dah cari dua tiga kali di tempat tu, tetap tak jumpa.”

Perasaan pada ketika itu memang cuak dan hairan, bagaimana mayat yang memang sepatutnya ada di situ secara tiba-tiba boleh hilang.”

Dwan2

Saya maklumkan kepada doktor fasa mayat tu tak ada…tapi doktor tak percaya. Namun apabila dia datang cari pun tak ada.”

Kemudian kami cari sekali lagi di tempat yang sama…Allahuakbat tiba-tiba ada!”

Tapi menurut cerita orang lama, kejadian begitu adalah normal dan memang selalu berlaku. Tak sangka pula saya sendiri alami kejadian begini..,ia cukup menginsafkan.”

Kata Dwan lagi, pengalaman itu membuatkannya berfikir tentang kematian sekaligus menimbulkan rasa insaf dalam dirinya. Meskipun kerja dilakukannya itu agak mencabar namun ianya mengajar tentang cara untuk menguruskan mayat.

Dia juga turut berpendapat lebih ramai anak muda sepatutnya mengikuti aktiviti sukarelawan seperti itu dengan niat yang betul.

Baca: “Pertama kali tengok takbir raya di kubur” – Netizen Tersentuh Lihat Frontliners Bertakbir Sementara Tunggu Jenazah

Fl

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.