Sejak semalam rakyat menyuarakan kebimbangan dan meluahkan kemarahan masing-masing berhubung isu penularan Covid-19 di Malaysia ketika ini. Pelbagai isu disuarakan oleh netizen di Malaysia selepas kes harian tertinggi dilaporkan semalam sebanyak 11,079 kes baru dan Selangor masih merekodkan kes paling banyak.
Rata-ratanya menzahirkan rasa marah terhadap menteri dan pemimpin negara yang dilihat tidak memberikan yang terbaik dalam menjalankan tanggungjawab mereka ketika pandemik ini. Ramai rakyat yang terkorban disebabkan virus membunuh ini dan mereka dikatakan seolah-olah tidak mempedulikan hal itu.
Setiap hari, rakyat kehilangan ibu, bapa, adik beradik, suami, isteri, anak, rakan-rakan dan orang yang mereka sayang. Lagi memilukan, pengebumian pesakit Covid-19 tak dapat dihadiri oleh keluarga seperti yang dikongsikan Fedtri Yahya di Twitter, semalam.
Foto seorang wanita sedang duduk di atas rumput mengundang rasa sebak dan membuatkan netizen sayu. Menurut Fedtri, wanita itu baru sahaja kematian suaminya disebabkan Covid-19.
Ketika gambar itu diambil, dia sedang melihat detik suami tersayang dikebumikan dari jauh. Lebih memlikukan, difahamkan dia kini masih dalam tempoh berpantang dan anak-anaknya yang lain juga turut disahkan positif Covid-19.
Ramai mengucapkan takziah kepada keluarga itu dan mendoakan arwah suaminya selain ada yang turut meluahkan rasa kecewa dengan kerajaan yang dianggap gagal menangani penularan pandemik Covid-19.
Seorang netizen berkata,
PKP dan darurat tak berjaya. Sia-sia saja. Menteri pun langgar SOP. Rakyat berkurung tapi menteri benarkan kilang dibuka. Kerajaan ni dah jelas gagal.”
Peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa minggu lepas membimbangkan dan Malaysia turut dikatakan sudah menjadi seperti India yang kini ‘tunggang terbalik’ dan huru-hara disebabkan Covid-19.
Harap pihak atasan dapat melakukan sesuatu serta keputusan yang terbaik dalam usaha menurunkan jumlah kes dan menangani penularan Covid-19 di negara kita. Pada masa yang sama, kita juga teruskan usaha membantu sesama rakyat yang memerlukan.