in

Jemaah Menteri Akan Gunakan Kereta Elektrik Mulai 2023? Ini Penjelasan Menteri KASA

Menteri Guna Kereta Elektrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkembangan ekosistem bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) semakin berkembang di Malaysia dalam usaha ke arah negara bebas karbon seawal tahun 2050.


Mac lalu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan bahawa pihaknya bakal membina infrastruktur pengecasan kereta elektrik ini di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad.

Difahamkan, syarikat utiliti itu melabur sebanyak RM90 juta untuk menyokong ekosistem EV dalam tempoh tiga tahun.

271940723 10226808662420644 7353670544382506507 N

Sesuai dengan perkembangan ini, baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan dalam satu laporan bahawa kerajaan memutuskan bahawa kesemua jemaah menteri akan menggunakan EV berkuatkuasa tahun 2023.

“Mulai tahun depan, semua perolehan kerajaan akan bergerak kepada kereta elektrik”

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tuan Ibrahim dalam satu sidang media selepas beliau merasmikan pejabat Khidmat Malaysia di Batu Caves baru-baru ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Pun begitu, butiran lanjut tentang penggunaan EV tersebut belum diputuskan atas beberapa faktor seperti bilangan kenderaan tersebut yang digunakan di negara ini yang secara tak langsung akan meningkatkan kos.

Tambahnya lagi, salah satu isu yang perlu diambil kira adalah kurangnya tempat pengecas dan pastinya perkara ini perlu diatasi dahulu dengan membina lebih banyak stesen pengecasan.

Dalam masa yang sama, Menteri KASA berkenan turut mendedahkan tentang projek rintis di Pulau Langkawi yang akan dimulakan tidak lama lagi bagi menggalakkan penggunaan motor elektrik di pulau berkenaan.

Difahamkan, untuk projek rintis berkenaan, 100 unit motosikal elektrik bakal diberikan kepada penduduk setempat bagi menggantikan motorsikal berkuasa petrol milik mereka yang sedia ada.

Baca : Eropah Bakal Hentikan Penjualan Kenderaan Petrol & Diesel Menjelang 2035?

Eropah Haramkan Kenderaan Petrol Diesel

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.