in

Jemaah Haji & Umrah Boleh Memohon Visa Melalui Aplikasi Telefon Pintar – Kerajaan Arab Saudi

1Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk umat Islam yang berhajat untuk menunaikan ibadah umrah dan haji dalam masa terdekat. Kerajaan Arab Saudi telah melancarkan aplikasi telefon pintar untuk pendaftaran biometrik bakal jemaah haji dan umrah.



Screenshot 2021 10 09 At 11.12.45 AmMenurut laporan Harian Metro, Arab Saudi adalah negara pertama di dunia yang membenarkan pendaftaran biometrik pada telefon pintar untuk pengeluaran visa secara elektronik.

Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal Farhan telah melancarkan aplikasi telefon pintar itu yang akan dilaksanakan operasinya oleh syarikat dari Arab Saudi untuk penyelesaian visa dan perjalanan.

Screenshot 2021 10 09 At 11.13.55 Am

Visa akan dikeluarkan secara dalam talian (online) tanpa perlu mengunjungi pusat visa secara fizikal untuk mendaftarkan biometrik mereka di negara masing-masing.

Proses pemadanan biometrik jemaah akan dilakukan semasa mereka tiba di Arab Saudi melalui darat, laut dan lapangan terbang di negara itu.

Lepas ni senang lah kalau nak pegi umrah, apply visa online je. Mudah

 

Baca: Umrah Pasca Covid-19:  Ini Keadaan Semasa Di Mekah, Saf Lebih Rapat & Kuliah Agama Dibenarkan

Screenshot 2021 10 09 At 11.09.59 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.