in

“Jauh betul perjalanan tu” -[VIDEO] Jodoh Jiran Sebelah Rumah, Netizen Terhibur Tengok Wanita ‘Balik’ Dari Rumah Mertua

Featured Image Jodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai hari ini, ramai ya rakyat Malaysia yang dah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Dengar-dengar, highway tengah jammed sekarang…Jadi siapa yang tengah dalam perjalanan balik kampung tu hati-hati tau..


Lain pula cerita pasangan ini yang videonya tular di Tiktok iaitu @hafizahaisyahnahar. Pengguna yang lebih dikenali sebagai Hafizah itu sempat berseloroh dengan caption “Alhamdulillah selamat sampai dah”.

Dalam video itu, Hafizah dengan selambanya mengheret luggage kepunyaannya dari rumah mertua ke rumah ibunya yang hanya terletak bersebelahan sahaja. Pandai Kak Hafizah kita cari jodoh…dapat sebelah rumah je. Kan senang tak payah berebut nak balik kampung.

@hafizahaisyahnahar

Alhamdulillah selamat sampai dah?selamat balik kampung semua? #jombalikkampung#staysafe#jagadiri#fyp

♬ bunyi asal – Hafizah Nahar – Hafizah Aisyah Nahar

Video tular tersebut telah mendapat banyak komen positif serta ramai yang terhibur dengan gelagatnya yang turut membawa barang yang banyak seperti orang jalan jauh. Ada yang mengatakan Kak Hafizah ni kononnya penat berjalan untuk pulang ke kampung halamannya. Kemain…

“Bekal-bekal makanan, air tak bawa ke sis?”- Netizen

Netizen juga sempat mengusik di ruangan komen mengatakan perjalanan dari rumah ibu mertua ke rumah ibunya sendiri boleh dikatakan tak sampai lima minit pun! Siap ada yang kata nak cari jodoh sebelah rumah juga macam kakak ni! Senang nak balik kampung katanya.

Jodoh 1 Jodoh 2 Jodoh 3

Jadi, sesiapa yang ada jiran masih single lagi tu, boleh lah try awal-awal. Senang nak balik jumpa mak ayah. Tak payah gaduh-gaduh tiap kali raya.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.