in

“Jarang dibuat orang macam ni!” – [VIDEO] Anak Tertinggal Beg, Ibubapa Hantar Ke Universiti Guna Helikopter

Combine Heli 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua ibubapa mesti sayangkan anak dia sampai ada yang jaga bagai menatang minyak yang penuh. Apa sahaja yang diinginkan mesti akan ditunaikan sebab terlalu sayangnya mereka terhadap anaknya.


Berlaku satu kejadian di salah sebuah universiti di Afrika Selatan dimana sebuah helikopter telah mendarat di tempat parking kereta universiti tersebut. Apa yang lebih mengejutkan ialah seorang lelaki sedang menuju ke arah helikopter tersebut dan mengambil beg daripada ibubapanya yang menaiki helikopter tersebut. Amboiii, hantar barang anak sampai naik helikopter eh

Menurut Daily Mail, pelajar tersebut tertinggal beg di rumah dan meminta ibubapanya untuk menghantarnya ke universiti.

Korang boleh tengok di video berdurasi 30 saat yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @ItuhMokhele yang memaparkan sebuah helikopter mendarat di tempat parking kereta dan seorang lelaki sedang menuju ke arahnya lalu mengambil beg daripada helikopter tersebut.

Para pelajar yang melihat situasi tersebut tidak menyangka akan ada helikopter yang mendarat di dalam universiti mereka.

Bahkan, mereka tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki itu sampai ibubapanya menghantar beg anaknya ke universiti menggunakan helikopter dan bukan menaiki kereta.

Lepas ni dah takde alasan dah kalau homework tertinggal dekat rumah sebab pensyarah dah tau pasal helikopter yang dia ada

Menurut pihak universiti,mereka tidak mengetahui sama ada ibubapa pelajar ini ada kebenaran atau tak untuk melakukan pendaratan helikopter di dalam kawasan uninversiti.

Heli 5

Wehh, tak tercapai dek akal nak hantar barang anak ke universiti guna helikopter..

Baca : “Tak tersangkut ke kain?” – [VIDEO] Netizen Terkesima Tengok Pengantin Perempuan Ketuai Konvoi Kawasaki Pakai Sari!

Sari

 

 

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.