Siapa tak kenal dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang sememang hebat dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan. Min selalu tengok video Raja Permaisuri Agong memasak, memang min kagum.
Minat Permaisuri Agong dalam masakan kita boleh lihat menerusi Instagram airtangan_tunkuazizah, memang banyak jenis makanan dalam akaun tersebut malah Tunku Azizah akan kongsikan dari masa ke semasa.
Baru-baru ini Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk yang tak tahu apa isi di dalamnya. Tapi apa yang mencuit hati di gambar itu Tunku Azizah sertakan sekali dengan ‘warning note’ supaya orang tak kacau periuk itu.
https://www.instagram.com/p/CAHsA-jn7Sy/?utm_source=ig_web_copy_link
sudah warning kpd semua org …… don t touch or move this periuk , atau sy peliat telinga dan ketuk jari !
Baca pada kepsyennya saja, kita sudah boleh nampak kecomelan Tunku Azizah dan macam mana baginda bergurau bersama keluarga.
Posting ini telah mendapat 42K likes, rata-rata netizen terhibur dengan warning yang diberi oleh Tunku Azizah.
Hahaha, garang comel
Comel jer note tu