in

“Selagi bernama ibu…” – Sayu, Ibu Gajah Tak Berganjak 7 Jam Selepas Anak M*ti Dirempuh Kereta

Anak Gajah Mati Dilanggar Ibu Setia 7 Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi menyayat hati yang pernah mengundang sebak seluruh negara pada tahun lalu kembali berulang apabila tular sebuah video memaparkan seekor ibu gajah yang setia menunggu anaknya yang sudah tidak bernyawa di tepi jalan dipercayai kerana dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Felda Nitar, Mersing, semalam.

Dalam video dikongsikan itu, jelas kelihatan gajah dewasa itu berada disisi anaknya yang sudah terbaring di tepi jalan.


Lebih menyayat hati, ibu gajah tersebut dikatakan setia berada di sisi anaknya selama hampir tujuh jam sebelum berjaya dialihkan oleh pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor yang mengesahkan kejadian itu berkata, anak gajah yang terkorban merupakan gajah betina berusia sekitar lima tahun.

“Siasatan turut mendapati kumpulan gajah berkenaan dikenal pasti daripada ID Jamaluang-Mersing.

“Anak gajah itu dikenal pasti sebagai gajah betina dengan ukuran panjang badan kira-kira 150 sentimeter, tidak mempunyai gading serta lebar tapak kaki hadapan 11 inci dan tapak kaki belakang 14 sentimeter,” katanya.

 

View on Threads

 

Difahamkan, bangkai anak gajah itu kemudian ditanam di kawasan berhampiran, manakala ibu gajah tersebut dipasang kolar pemantauan sebelum dilepaskan semula ke hutan.

Artikel berkaitan: Dipercayai Cuba Tolak Lori Untuk Selamatkan Anak, Tindakan Ibu Gajah Ini Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan: Kes Anak Gajah M*ti Dilanggar: Pemandu Lori Tampil Mohon Maaf, Cerita Kronologi Kejadian

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan seorang lelaki tersepit dan cedera pada kaki apabila kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam lima meter akibat terlanggar seekor anak gajah.

736778552 1040955901640365 8273465911846039724 N

Perhilitan turut memaklumkan rondaan akan dijalankan selama dua hari bagi memastikan ibu gajah tersebut tidak kembali ke lokasi kejadian selain memantau keselamatannya.

Menurut Perhilitan, papan tanda amaran laluan gajah melintas sebenarnya telah dipasang di kawasan berkenaan sejak sebelum ini.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui laluan tersebut, terutama pada waktu malam kerana kawasan itu gelap dan merupakan habitat serta laluan gajah liar melintas.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.