in

Rekod Paling Buruk Dalam Sejarah, Israel Catat Kerugian Melebihi RM8 Bilion

Cover 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, tentera Zionis telah menyerang penduduk Palestin dan melancarkan misil ke arah kawasan orang awam. Lebih mengecewakan, mereka kembali menyerang warga Palestin meskipun gencatan senjata telah dipersetujui bersama.


Memetik laporan Utusan Malaysia, pertempuran ini telah menyebabkan sektor ekonomi Israel menerima kesan buruk apabila mengalami kerugian melebihi AS$2 bilion, bersamaan dengan RM8.3 bilion.

000 99R8Cg

Pegawai kewangan Israel yang bertugas berkata, Israel merekodkan kerugian mencecah 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selepas gencatan senjata dilakukan di antara kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber, angka ini adalah lebih buruk daripada kejadian pencerobohan Israel pada tahun 2014, yang merekodkan kehilangan 0.3 peratus daripada KDNK dalam tempoh 51 hari.

Pegawai tersebut turut menjelaskan KDNK negara Israel mencatatkan kerugian hampir AS$2.14 bilion.

609D8C54A9B6A40018F1Bff0

Untuk rekod, pertempuran selama 11 hari itu menyaksikan pejuang Hamas berjaya melancarkan serangan udara terhadap ketenteraan dan sektor ekonomi Israel termasuk platform gas Tamar dan Lapangan Terbang Ben Gurion.

Pada ketika ini, kehidupan seharian penduduk negara itu terhenti seketika selepas ibu kota Israel, Tel Aviv terkena serangan pada tempoh hari.

 

Sumber: Utusan Malaysia

BACA: Kerajaan Kuwait Umum Denda & Penjara 10 Tahun Buat Rakyat Yang Sokong Israel

Cover 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.