Sejak video terbaru Bros Gang tentang seorang wanita yang ditawarkan cheque sebanyak 20K untuk tinggalkan teman lelakinya dan jadi artis rakaman tular, ia tak pernah berhenti jadi buah mulut netizen.
Mostly, ramai yang mengecam tindakan YouTuber ni untuk tawar duit sebanyak itu kepada seorang wanita yang jobless. Lagi-lagi dalam video tersebut, wanita itu seperti di provoke untuk menerima duit itu.
Bukan tu je netizen, Caprice juga turut memberikan pendapatnya mengenai video ini. Menurutnya, disebabkan ekonomi tak stabil ramai orang tertekan nak cari duit.
Tetapi, apabila hang membuat situasi menggalakkan perbalahan atau memutuskan silaturrahim, hang dah buat kerja sampah, hang dah buat kerja syaitan.”
Mungkin kerana terlalu banyak kecaman yang diterima oleh Bros Gang ni, dorang buat keputusan untuk menjelaskan situasi tersebut dan seorang netizen telah kongsikan potongan video penjelasan tersebut di Twitter.
Dalam video ini, Bros Gang minta netizen untuk tengok video-video dorang yang lain, dan jangan berfikiran kolot kerana apa yang dorang buat ni adalah untuk sebarkan positivity.
Moral kat sini, apa yang kitaorang nak cakap kat sini, korang sebelum cakap cuba pikir guna otak dulu.”
Kitaorang bukan nak malukan orang, sebab apa-apa yang kitaorang buat semua ada kontrak, ada persetujuan, so takkan kena saman, takkan kena apa-apa.”
Cuma adalah segelintir anak dajjal ni yang cakap kitaorang anak setan ni just nak ambil peluang ni untuk free publicity.”
We don’t give a f*ck. Kitaorang buat semua benda ni untuk positivity, supaya korang mengelakkan dari curang-curang ni.”
Kau jangan tinggalkan bf kau semata-mata nak 20 ribu.”
Bila kitaorang buat lelaki takde pulak kena kecam, kenapa bila buat perempuan kena kecam, sebab banyak gang-gang perempuan yang back up.”
Apa yang kitaorang buat ni based on true story dan benda ni betul-betul jadi.”
Walaupun selepas video penjelasan ini, ramai netizen masih tak setuju dengan tindakan dorang juga bahasa yang dorang gunakan dalam video ini.
Pikir-pikir, banyak jugak boleh buat dengan RM20k tu…