in

“Jangan buang masa panggil Interpol”

Page Jamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di manakah Jamal Yunos? Susah betul nak cari Jamal ni ye. Dah berhari-hari hilang dia melarikan diri daripada pengawasan polis semasa prosiding mahkamah namun sampai sekarang kita tak temuinya. Sejak itu macam-macam laporan yang keluar tentang Jamal termasuklah dia dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia.


Menurut Free Malaysia Today, sebelum ini Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa di Indonesia bagi mengesan Jamal di sana.

Jamal 1
sumber: borneo post

Walau bagaimanapun, Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau masih lagi berada dalam Malaysia dan menganggap tindakan kerajaan meminta campur tangan Interpol untuk mengesannya hanyalah membuang masa.

Tambahnya lagi, kesalahan yang dilakukan kecil sahaja dan membawa denda cuma RM400. Dah tu? Mai lah serah diri…

“Kesalahan saya bukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan. Ianya kesalahan memecahkan botol arak di hadapan SUK dengan penukul besi kerana membantah pesta arak. Kesalahan kecil yang dendanya hanya RM400.”

Sementara itu, Jamal berdepan dengan tiga pertuduhan lain kerana melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api, melakukan mudarat di kawasan awam dengan memecahkan botol arak ketika bantahan pesta arak dan dipercayai menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Jamal 3
sumber: wob

Namun begitu, dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000 bagi setiap kes. Oh ye, Jamal turut menafikan melarikan diri daripada pihak berkuasa dengan menegaskan ia cuma salah faham kerana proses ikat jamin dah pun selesai pada hari kejadian.

Difahamkan, masih ada enam kes lagi yang melibatkan pemimpin UMNO itu selain daripada tiga yang sudah disebut.

Apa ni Jamal? Kata tak bersalah dan tak larikan diri. Habis tu kenapa polis masih kena cari?

Baca: Jamal Kantoi Lari Ke Indonesia

Jamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.