in

Jamal ‘Muncul’ Semula

Jamal Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengerusi BN Sungai Besar, Jamal Yunos hilang selama 34 jam ketika urusan ikat jaminnya berlangsung dan menyebabkan pihak polis cuba mengesannya. Menurut Malaysiakini, selepas kehilangannya menjadi tanda tanya pihak polis, peguam dan orang ramai, Jamal Yunos akhirnya muncul!


Jamal menafikan melarikan diri dari hospital semasa keluar ketika prosiding ikat jamin mahkamah, malah menganggap kejadian itu berlaku kerana salah faham. Menurutnya, dia menyangkakan tempoh tahanan remannya telah berakhir sebelum dia bergegas meninggalkan kawasan hospital itu pada Jumaat lalu untuk ke Tabung Haji atas urusan mengeluarkan wang yang diperlukan bagi perbelanjaan ikat jamin dan kos berkaitan kes tersebut.

Jamal 2 1
sumber: malaysiakini

“Jadi setelah saya berjaya mengeluarkan duit tersebut, saya mendapat pangilan saya sedang diburu oleh pihak polis kerana melarikan diri daripada hospital dan sebagainya.

“Jadi sebab itulah dalam keadaan yang saya kurang sihat, bagi saya lebih baik saya berehat dahulu dan insyaAllah saya akan tetap memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.”

Jamal turut akui menyedari bahawa pihak polis sedang mengesannya akibat hilang secara tiba-tiba namun memutuskan untuk berehat seketika kerana tidak begitu sihat. Kini, lelaki berusia 48 tahun itu menjanjikan kerjasama penuh dengan pihak polis.

Jamal bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa dia tidak memberitahu polis atau peguamnya berkenaan keputusannya meninggalkan hospital. Prosiding ikat jamin tersebut dibuat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana Jamal menerima rawatan sakit belakang di wad hospital.

Jamal 3
sumber: malaysiakini

Peguamnya, Dato Mohd Imran Tamrin mengesahkan Jamal telah menghubunginya dan berkata anak guamnya akan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan proses ikat jamin.

“Beliau juga memaklumkan bahawa beliau masih belum sihat sepenuhnya dan dalam proses penyembuhan.

“Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis setelah beliau benar-benar sihat.”

Bang Jamal tak lari…Bang Jamal pergi Tabung Haji je….

Baca: Peguam Gesa Jamal Ke Balai Polis

Jamalyunos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.