in

“Jangan berpolitik kerana totok kepada individu” – Shahrol Shiro Bidas Kenyataan Afdlin Shauki Pasal ‘Orang UMNO Tak Hormat Orang Seni’

Shahrol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pelawak, Shahrol Azizie Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Shahrol Shiro tampil membidas kenyataan Afdlin Shauki dengan mengatakan bahawa orang-orang UMNO masih lagi hormat pada golongan seni


Ia merupakan kenyataan balas daripada Afdlin Shauki yang menjelaskan bahawa orang-orang  UMNO yang pernah dia jumpa, kebanyakannya tak hormat orang seni sepertinya sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mewartakan bahawa dirinya dan Altimet menyertai PKR.

 

Dalam ramai ramai, sy dah jumpa org UMNO, tiada orang hormat orang seni mcm DSAI” – Afdlin Shauki

167214299 291471759244279 7967980334412002209 N

Katanya menerusi Instagram pada 2 April lepas, semasa zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, Shahrol mengimbau saat penggiat seni dipanggil ke majlis dialog TN50 suara anak senu di Seri Perdana.

Katanya, dalam insiden penerbit filem, David Teo ditumbuk oleh Mat Over, Shahrol berpendapat bahawa ia adalah suatu pernghormatan bila dia mendengar keluhan dan masalah anak seni.

167245782 148975520465494 2686792912689563615 N

Walaubagaimanapun, Shahrol tidak menafikan bahawa ia adalah sudut pandangan seseorang kerana ianya berbeza dan Sharol anggap bahawa Afdlin sudah mula ada  ada kesedaran politik dan mampu menarik minat yang lain untuk turut mengambil tahu tentang politik yang berlaku hari ini.

Namun begitu, Shahrol berharap agar pernyertaan mereka dalam politik ini adalah untuk menolong rakyat, bukan ‘totok’ kepada individu.

“Terpulang mereka mahu sokong pihak mana tapi yg penting kita raikan perbezaan pendapat mereka.

Jangan berpolitik kerana totok kepada individu tetapi berpolitik kerana ingin membantu dan menolong rakyat.Maaf bang jika budak yg masih mentah ini ada silap dan membuat kalian tersinggung dalam penulisan ni. Selamat datang ke dunia Politik bang.”

Untuk rekod, pelakon dan pelawak Datuk Afdlin Shauki serta penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet sah menyertai PKR.

Perkara itu diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Bersama Anwar di sebuah hotel di Ampang pada Khamis lepas, lapor Harian Metro.

 

Baca : Altimet Tunaikan Hajat Pelajar Sekolah

Altimet

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.