in

Jalaluddin Hassan Temui Cinta Baru Bersama Ibu Tunggal Melalui Facebook, Bakal Tamat Zaman Duda

Jalaluddin Kahwin F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang perlukan peneman hidup untuk menghilangkan rasa sunyi dalam hidup mereka. Begitu juga pelakon veteran popular tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan yang memutuskan untuk berkahwin setelah hampir setahun kehilangan isterinya, Datin Hashimah Mad Ehsan.


Menurut mStar, Jalaluddin kini sedang di dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang berasal dari Melaka.

Jalauddin Featured
sumber: top 10

Malah, dia sendiri tidak menyangka bahawa wanita yang dikenalinya melalui Facebook itu merupakan adik kepada rakan baiknya sendiri. Kalau dah jodoh…

“Sewaktu bulan puasa hari tu, saya menghantar ucapan selamat menyambut bulan Ramadan kepadanya melalui laman Facebook.

“Selepas itu, kami bertemu buat kali pertama di rumah terbuka Aidilfitri kawan baik saya.”

Ketika diajukan soalan oleh wartawan tentang perancangan untuk berumah tangga, pelakon berusia 63 tahun itu menjelaskan bahawa dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya.

“Saya dah bersedia untuk kahwin tapi saya mahu tunggu cukup tempoh setahun lepas kematian arwah isteri saya.

“Tapi kalau nasihat ayah saya, sekarang juga dia mahu saya kahwin,” katanya kepada wartawan dengan nada berseloroh.

Jalaluddin Kahwin
sumber: kosmo

Jalaluddin turut akui mula terpikat dengan janda anak empat itu kerana ketabahannya membesarkan anak-anak serta menjaga ibunya yang sakit.

Datin Hashimah meninggal dunia pada 5 November 2016 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.

Jalaluddin Isteri
sumber: mstar

Mereka berdua mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan dikurniakan 8 orang anak serta 14 orang cucu.

Kalau dah jodoh, apa salahnya. Pasti Datuk Jalaluddin berasa sunyi tanpa isteri di sisi.

Baca: “Saya akan dedahkan kepada orang ramai” – DSV Akui Sedang Mengenali Jejaka Wajah Persis David Beckham

Beckham Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.