in

“Saya akan dedahkan kepada orang ramai” – DSV Akui Sedang Mengenali Jejaka Wajah Persis David Beckham

Beckham Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan ciri-ciri lelaki idamannya. Tidak sekadar itu, DSV turut akui menerima resume daripada ramai jejaka melalui e-mel termasuklah dari Scotland dan Finland yang berhasrat memperisterikannya.


Terbaru, DSV akui sedang mengenali seorang jejaka Eropah berusia awal 30-an yang menurutnya memiliki wajah persis selebriti bola sepak terkenal dunia, David Beckham.

Giphy 2

Menurut Kosmo, pengasas Vida Beauty itu berkata tidak mahu bersikap gopoh untuk menamatkan zaman jandanya kerana pernah gagal dalam perkahwinan beberapa kali sebelum ini.

Saya tidak mahu bercerita lebih dan bersifat gopoh. Tengoklah macam mana nanti kalau ada peluang, saya ingin juga ‘menjual’ dirinya dalam industri hiburan tanah air”

Bagaimanapun, pelantun lagu I Am Me itu berjanji akan memperkenalkan teman lelaki istimewanya itu kepada peminat dunia hiburan tempatan apabila tiba masa yang sesuai kelak.

Sekarang, saya simpan dulu dan kalau sudah sampai waktunya, saya akan dedahkan kepada orang ramai.”

Dsv 4
sumber: instagram

Bukan itu sahaja, menurut DSV jejaka itu juga mungkin akan terlibat dalam projek lagu mahupun video klip yang seterusnya.

Mungkin saya melibatkan dia dalam projek lagu atau klip video seterusnya, siapa tahu?”

DSV turut mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu mendedahkan kisah cintanya atau teman istimewanya itu kerana risau dianggap tua tidak sedar diri oleh netizen.

Kalau saya melebih-lebih nanti, risau pula orang fikir saya tua tak sedar diri. Apa pun saya tidak peduli, usia hanya nombor.”

Dsv 7
sumber: instagram

DSV baru sahaja melancarkan klip video lagu nyanyiannya, I Am Me di pusat beli belah Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lagu nyanyiannya mencipta fenomena selain turut mendapat kritikan selepas DSV sendiri mendedahkan pembikinan klip video tersebut mencecah kos sebanyak RM1 juta.

“Kalau diikutkan, klip video ini merupakan yang termahal di Malaysia. Kos produksi sahaja mencecah sekitar RM160,000.

“Kos-kos selebihnya termasuk dari segi busana, barang kemas dan lain-lain menggunakan duit daripada poket saya sendiri. Saya tidak kisah mengeluarkan wang asalkan hasilnya menjadi seperti apa yang saya inginkan.”

Dsv 5
sumber: instagram

Siapa agaknya jejaka yang berjaya menawan hati Queen Vida ni ye. Sama-sama kita tungguuuu 😉

Baca: “Saya bukan nak riak…” – Dato’ Vida Dedah Kos Pembikinan Klip Video Cecah RM1 Juta

Vida Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.