in

“Tak pernah keluar islam”- Illi Najwa Menghadap Sultan Johor, Tepis Dakwaan Murtad Selepas Nikahi Kapten Hoki India

fi ili kawin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang sebelum ini telah mencetus kontroversi apabila berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, tahun lalu.

Malah Baginda turut berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad di Pejabat Mados, di Istana Bukit Pelangi, di Johor Bahru, bagi mempersembahkan hasil siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya itu.


https://www.facebook.com/officialsultanibrahim/posts/1802887686544583

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Yahya berkata, siasatan dijalankan secara menyeluruh oleh JAINJ dan mendapati bahawa Illi Najwa masih beragama Islam.

“Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” – katanya

Selain itu, Yahya berkata bahawa pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” – katanya.

Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor untuk menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor turut bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Isu membabitkan Illi Najwa menjadi kecoh selepas tular beberapa keping gambar dan video wanita itu melangsungkan majlis perkahwinan tersebut, di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab, pada Disember tahun lalu.

Sebelum itu, Manpreet yang memeluk Islam pada akhir 2019 mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa berpakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

 

Baca : Islam agama nasihat, bukan semata-mata menghukum umatnya; Sultan Johor Seru Orang Ramai Henti Berprasangka, Mahu Status Agama Illi Najwa Disahkan

foot illi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.