in

Isu Langgar Kuarantin: Jabatan Peguam Negara Putuskan Tiada Tindakan Lanjut Kes Menteri

Khairuddin Aman Razali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan lanjut ke atas Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berhubung keingkarannya mematuhi perintah kuarantin kendiri wajib COVID 19.


Menurut Malaysiakini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, selepas kertas siasatan dirujuk kepada AGC, polis menerima arahan yang tiada tindakan lanjut diambil berkaitan kes itu.

Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini (ialah) no further action… NFA, atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya di Bukit Aman, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, pihak polis katanya telah pun menyerahkan semula kertas siasatan membabitkan Khairuddin ke AGC.

Untuk rekod, Khairuddin juga pernah dikenakan denda maksimum RM1,000 kerana ingkar perintah kuarantin kendiri lepas pulang dari Turki. 

20200805Sn8 Khairuddin Aman Razali Seo

Beliau kemudian tampil memohon maaf dan berikrar akan menyumbang gajinya bermula Mac 2020 kepada tabung COVID 19.

Kegagalan kerajaan dalam mengambil tindakan terhadap menteri terbabit juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen yang rata-rata mengecam Khairuddin di media sosial.

Pun begitu, menurut pihak polis, AGC berpendapat tiada keterangan kukuh bagi pendakwaan terhadap menteri berkenaan.

Baca: “Ayah aku meninggal dunia time aku kuarantin, aku x dpt balik” – Pemuda Buat Laporan Polis Isu Menteri Langgar SOP Kuarantin

Balik

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.