in

Isu Ejen Kongsi Fattah Amin Tukar Penama Hibah Didakwa Dedah Info Sulit, Ini Respon Pempengaruh Takaful, Papayen

Ft Takaful

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ada seorang ejen takaful kongsikan bahawa pelanggannya bertemu dengannya untuk ubah penama hibah takaful kepada ibunya untukm diagihkan kepada anaknya. Ia menjadi tumpuan ramai netizen adalah kerana pelanggan tersebut bukan calang-calang orang dan dia adalah pelakon Fattah Amin yang kini sedang menjadi kegilaan ramai.

Bagaimanapun, timbul satu isu di mana ada yang mendakwa bahawa ejen tersebut telah mendedahkaan maklumat sulit disebabkan pelanggannya itu seorang pelakon. Terpanggil dengan isu tersebut, pempengaruh takaful, Papayen tampil bagi penerangan.


Artikel berkaitan : “Untuk agihkan pada Fatimah” – Fattah Amin Ubah Penama Hibah Takaful Kepada Ibunya

Artikel berkaitan : Fazura Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Fattah Amin Diberi Hak Lawatan Bermalam 2 Kali Sebulan

Katantya, ia tidak mempunyai masalah jika ia berkenaan dengan info asas sahaja seperti kemaskini alamat, review sijil, naik atau turun taraf maanfaat, kemaskini penama hibah untuk beri kesedaran.

Namun begitu, info peribadi seperti jumlah hibah, perubahan nama spesifik, info kewangan, maklumat peribadi seperi nombor akaun bank, nombor kad pengenalan (nombor CVV kad kredit atau debit pelanggan), alamat, kahwin cerai atau sebagainya itu adalah salah. Dalam pada itu, Papayen juga menepis tanggapan segelintir individu yang melabelkan ejen takaful ‘menunggang’ kisah Fattah Amin.

Bagaimanapun, jelas Papayen, biarpun tuan empunya badan bagi kebenaran, ia tetap salah.

@papayen91

Saya tak mengecam sesiapa, saya cuma memberi peringatan untuk diri saya dan semua. Ini juga info untuk kita sama-sama hadamkan. Semua ejen adalah sahabat saya. Bila perkara begini tersebar di media sosial, cara terbaik untuk saya explain mestilah di medium yang sama. Satu lagi, saya sangat faham bila viral dan dikecam itu memang pedih dan sakit. Ayat-ayat netizen yang tak nak ambil Takaful dengan ejen tu lah, ejen suka bocorkan maklumat clientlah, semua itu lah yang kita nak elak. Oh ya, faham je kadang tak ada pun kenyataan rasmi from ejen or client, tapi maybe pihak lain assume, maka ditulislah tukar penama ke nama orang lain. Sebab tu kena hati-hati dan sentiasa aware. Tegur if salah or misleading info. Lastly, takaful dan ejen takaful ni netizen ada yang bitter, masuk isu macam ni, memang lagi tepatlah netizen nak tembak. Kalau boleh, nak kurangkan isu-isu begini supaya netizen tak ada point nak kecam. Maaf kalau kasar atau mengguris hati mana-mana pihak🙏🏻 #takafultv #dramatakaful #papayen #gengtiktokninja #learnontiktok #jombelajar #tiktokguru #MakingLifeMeletop #SebarkanBakFitnah

♬ original sound – PAPAYEN – PAPAYEN

“Satu Malaysia dah tahu dia tukar penama ke mak dia, jadi ambil dari sudut positif sebagai langkah berjaga-jaga dan ilmu je.”

“Pertama, as boleh share, details tetap rahsia, awareness untuk bentu semua bukan untuk buka pekung sesiapa, ramai selebriti influencers, artis figura awam, ambnil takaful, korang tahu ek siap penama hibah, berapa caruman, berapa jumlah, tak pun.”

Jelasnya kalau pelanggan itu sendiri yang beritahu kepada awam, itu adalah hak dia jika perkara tersebut kelaur daripada mulutnya sendiri.

“Kedua, penama hibah tak semestinya kekal. tambah atau kelaurkan sesiapa pun, free of charge.”

Dalam pada itu, Papayen sempat memberikan pesanan kepada orang ramai yang ada ambil takaful agar sentiasa peka dengan keadaan semasa untuk ubah penama jika berlaku sebarang ‘perubahan’ di sekeliling jika tidak ingin ebrlaku sebarang keralatan seandainya pemegang sijil takaful itu meninggal dunia. Boleh rujuk video di atas untuk fahaman lebih lanjut.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.