in

Isteri Terberanak Dalam Triton Masa ‘Jammed’, Suami Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Kelahiran Anak

ft mat triton 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang penjawat awam tidak menyangka bahawa dia bakal menjadi ‘bidan terjun’ dan menyambut sendiri kelahiran anak keempatnya dalam kenderaannya sendiri.

Menurut sumber, Mohd Safiq Jamaluddin sedang dalam perjalanan untuk menghantar isterinya, Nor Anis Mohd Arif ke Hospital Rembau kira-kira jam 9:45 malam.


https://www.facebook.com/mohdsafiq.army/posts/pfbid0hx8izYBYXDm8okvKkBUJuMDPXAEs5GaASqxN2KQH4xLjD2PcC2LrFheyAdbGhetpl

Safiq memberitahu, isterinya mengadu sakit perut sejak pagi hari raya ketiga (24 April), bagaimanapun Anis enggan pergi ke hospital kerana menganggap sakit itu hanya sakit biasa sahaja.

Pada awalnya, isteri Safiq dijangka bakal melahirkan dalam masa dua minggu lagi dan dia merasakan kesakitan yang dialaminya bukan disebabkan mahu bersalin.

“Dijangka bersalin 8 Mei. Jadi, dia tak rasa yang sakit itu disebabkan mahu bersalin. Tapi disebabkan dia alami sakit berterusan sehingga malam, saya ajak dia ke hospital yang jaraknya kira-kira lapan kilometer dari rumah kami di Kampung Batu,” katanya.

342732871 202138915931865 5838471048530638740 n

Difahamkan, perjalanan Safiq ke hospital dikatakan agak jauh disebabkan keadaan jalan yang agak sesak berikutan musim raya.

Keadaan bertambah panik apabila isteri Safiq memberitahu bahawa bayinya sudah pun dilahirkan di dalam kereta mereka.

Oleh kerana terlalu bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya, Safiq bertindak masuk ke laluan bertentangan sambil meminta kenderaan lain memberi laluan.

342813405 1419726572115134 5207544080521076819 n

Setibanya di hospital, pengawal keselamatan mula berhubung menggunakan walkie talkie sebelum kakitangan hospital lain melakukan tugas mereka menyelesaikan bayi terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Mohd Safiq memang pernah berhasrat mahu menyambut kelahiran anaknya kali ini kerana tidak berkesempatan untuk melakukannya kepada tiga anaknya sebelum ini.

342750383 3105009903130284 8859019251552544582 n

Apa yang mencuit hati, susulan kejadian kelahiran di dalam kenderaan Triton tersebut, ahli keluarga dan kakitangan hospital turut menggelarkan anaknya Mat Triton.

Fuhhh comel je Mat Triton ni!

Sumber : Facebook, Sinar Harian

Baca : “Haiwan pun pandai jaga anak sendiri” – Bayi Baru Lahir Dijumpai Di Longgokkan Sampah

bayi di longgokan sampah 1 728x383 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.