Ismanira yang sedang menjalani hukuman penjara, memohon kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya dibebaskan sementara dengan ikat jamin.
Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin membuat permohonan berkenaan sehingga keputusan rayuan terhadap sabitan bersalah dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan kanak-kanak autisme itu, dua tahun lalu.
Memetik sumber Sinar Harian, Ismanira membuat permohonan berkenaan dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden, menerusi Tetuan Haresh Mahadevan & Co pada 4 November lalu.
Dia memohon dilepaskan dengan ikat jamin yang sama diberikan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 13 Jun tahun lalu.
Katanya, ia termasuk sebarang syarat tambahan, perintah atau relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah Tinggi.
Artikel berkaitan: “Semoga kamu dilaknat!” – Bapa Zayn Rayyan Tengking Polis Lepas Isteri Dijatuhkan Hukuman
Artikel berkaitan: Ismanira Menangis Teresak-esak Apabila Nama Adik Zayn Rayyan Disebut Peguam

Justeru, dia memberi enam alasan yang membolehkannya dilepaskan sementara iaitu terdapat keadaan khas yang mewajarkan penggantungan pelaksanaan diberikan.
Jelas Ismanira, rayuannya mempunyai merit kerana melibatkan isu undang-undang yang serius serta berkemungkinan besar berjaya.
“Jika mahkamah tidak membenarkan penangguhan hukuman, ia menyebabkan rayuan pemohon menjadi sia-sia.
“Isu-isu lain yang berbangkit akan ditimbulkan selepas alasan penghakiman Mahkamah Sesyen diperoleh,” kata notis terbabit.
Dalam perkembangan lain, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 4 Disember ini bagi pendengaran permohonan berkenaan.
Sehingga hari ini, Ismanira sudah berada di Penjara Kajang selama 20 hari sejak menjalani hukuman pada 31 Oktober lalu.
Sumber: Sinar Harian
