in

“Ipar duai tinggal sebumbung” – Suami Terkandas di Perak Sebab PKP, Isteri Terlanjur Dengan Adik Ipar & Mengandung

Ft Anakadik 1

Perkongsian seorang peguam di Facebook semalam menarik perhatian ramai netizen dan sehingga kini telah mendapat lebih 3,100 shares. Menurut Nur Fatihah Azzahra, dia telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang bertanyakan hukum Li’an di Mahkamah Syariah dan ceritanya itu berkisarkan kehidupan suami isteri dan ipar duai yang tinggal sebumbung.

Li’an: Suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya.

Kata si suami dia mendapat tahu daripada mulut isterinya sendiri bahawa anak yang baru dilahirkan bukanlah darah dagingnya. Lebih memeritkan, si kecil itu adalah anak hasil hubungan si isteri dengan adik iparnya sendiri.

“Isteri baru sahaja bersalin 12 hari, dan hari ini buat pengakuan ini bukan anak suami, tapi anak adik kandung suami (adik ipar). Si suami minta penjelasan si adik tentang apa yang berlaku, si adik pun mengaku memang kerap lakukan hubungan atas dasar suka sama suka.”

Pantang2

 

Suami terkandas di Perak sebab PKP, terlanjur beberapa kali

Perkahwinan mereka baru berusia setahun lebih dan bayi itu kiranya adalah kelahiran cahaya mata pertama mereka. Namun, bahagia dan rasa seronok mahu melayan bayi menjadi duka apabila kebenaran terbongkar.

Ini perkongsian Nur Fatihah di Facebook tentang bagaimana perkata tersebut boleh berlaku. Semuanya bermula apabila si suami terkandas di Perak disebabkan perintah PKP dan tidak dapat merentas  negeri.

Pkp1

“Kisahnya mereka ipar duai kedua-duanya sudah berumahtangga dan atas persetujuan bersama untuk kurangkan kos sewa rumah, mereka berempat tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Disebabkan PKP, suami lama terkandas di Perak tak boleh rentas negeri. Maka tinggallah isteri dengan ipar dan biras bertiga.”

“Entah bila dan bagaimana, isteri hari ini mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).”

Namun sebaik melahirkan, si isteri sedar bahawa sifat dan wajah bayi itu saling tidak tumpah seperti adik kandung suaminya itu. Tak sanggup menipu lebih lama, wanita itu akhirnya mengakui semuanya kepada suami.

Dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benih hasil perkahwinan dengan suami.”

Lian1

 

“Tak terbayang hancur hati dia”

Ramai netizen yang membaca perkongsian itu bersimpati dengan lelaki terbabit dan anak kecil itu. Kebanyakannya memberi sokongan emosi kepadanya dan bersetuju bahawa ipar duai memang tidak sesuai tinggal sebumbung.

Komen1

Komen2

Tak dapat imagine kesakitan dilalui lelaki ni dan isteri adik kandung dia tu…

Baca: “Kau dah lafaz cerai 4 kali semua sebab sund*l kau” – Isteri Dedah Aman Ra Curang, Ada Skandal Sampai Abai Keluarga?

Ft Amanra

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook