in

“Inilah definisi kawan sejati” – [VIDEO] Hafiz Mahamad Sanggup Cancel Meeting, Terbang ke Kelantan Bawa Sahabat Sakit Strok Pergi Hospital

Hafiz Mahamad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Hafiz Mahamad bukanlah asing kalau korang aktif di Instagram. Pemuda ini sering kali menjadi sebutan sejak beberapa tahun lepas, malah ada yang melabel Hafiz lelaki romantik kerana selalu surprise isterinya, Syafiqah Aina sejak mereka belum bernikah lagi.


But this time, Hafiz menjadi bualan netizen bukan kerana isu romantis sebaliknya nilai persahabatan yang kuat ditunjukkan oleh usahawan kosmetik ini.

 

Cancel meeting, nak tolong kawan dekat Kelantan

Melalui sebuah video di Instagram, Hafiz berkata dia telah batalkan kerja dan semua meeting kerana mahu terus ke Kelantan untuk bantu sahabat baiknya yang sakit strok.

Video tersebut menunjukkan perjalanan Hafiz dari Kuala Lumpur hinggalah ke rumah sahabatnya di Kelantan. Dia kemudian mengangkat sahabatnya dari rumah untuk ke hospital.

“Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dah kerja tempat tu, saya tahu memang dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan.”

“Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je. Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit.”

Hafiz1

“Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung. Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan.”

 

Nak nangis tapi tahan

Melihat keadaan sebegitu, Hafiz akui mahu menitiskan air mata namun dia kuatkan diri dan terus siapkan sahabatnya itu untuk dibawa ke hospital.

Katanya, mereka sudah berkawan baik sejak kecil dan masing-masing pernah berjanji untuk saling membantu jika ada antara mereka yang memerlukan pertolongan.

“Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital. Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap.”

“Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni. Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!”

View this post on Instagram

Harini saya cancel semua kerja & meeting then fly ke Kelantan untuk angkat sahabat saya dari rumah ke hospital Dia stroke disebabkan kerja kuat. 10 tahun dh kerja tempat tu, saya tahu mmg dia kerja setiap hari dari jam 8:30am sampai 11pm semata mata buat OT untuk dapat 2K sebulan Bila kesihatan dia terjejas, saya tktau dia stroke. Dia kata dia demam & kaki sakit. Saya call & suruh dia berhenti, kerja dengan saya je Last week, saya belikan dia ticket ke KL. Bila sampai je Airport, Ya Allah terkejut. Badan kurus kering, kaki kiri lemah. Terinjit injit Lepas 5 hari jaga dekat KL, saya minta dia balik Kelantan untuk follow up hospital. Bila balik Kelantan, dia rest berapa hari then tak boleh bangun langsung Saya call semalam, dia kata dh taktahan. Then saya decide pagi ni untuk terus fly Kelantan Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju & angkat dia ke hospital Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap “Siapa antara kita yg senang, kita tlg antara kita yg susah” & Alhamdulilah Allah bg saya rezeki, kemampuan untuk bantu sahabat ni “Loh, aku pastikan kau sihat balik. Kau kerja dengan aku & kita berjuang sama sama” terus sihat loh!

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

 

“MasyaAllah, menangis saya melihat pengorbanan seorang sahabat.”

Ramai netizen yang tersentuh dan akui sebak selepas mereka tonton video pendek Hafiz muat naik di Instagram tu. Rata-ratanya mendoakan sahabat baik Hafiz serta berharap mereka juga ada hubungan persahabatan sebegitu dengan kawan masing-masing.

Komen Hafiz

 

Sahabat dunia akhirat… 

Baca: Guna Bapa Sendiri Sebagai Model Baju, Idea Usahawan Muda Ini Dipuji Netizen

Cats 12

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.