in

Guna Bapa Sendiri Sebagai Model Baju, Idea Usahawan Muda Ini Dipuji Netizen

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memulakan sesuatu perniagaan bukanlah mudah, banyak aspek yang perlu diambil kira dan kos yang diperlukan juga bukanlah sedikit.


Sebagai contoh, untuk memperagakan sesuatu pakaian, kebiasaannya model akan diupah kerana rupa dan kepakaran mereka dalam menggayakan pakaian tersebut.

Namun begitu, lain pula yang terjadi kepada usahawan muda ini yang menggunakan bapanya sendiri sebagai model.

Menurut perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter, usahawan yang dikenali sebagai Ashraff ini memuat naik beberapa keping gambar bapanya memperagakan koleksi terbaharu bajunya.

1 9

2 9

3 7

4 2

Koleksi ini adalah keluaran jenama Savage X Kritikal Co yang mengetengahkan produk baju dan jaket. Gambar yang mendapat hampir empat ribu perkongsian itu mendapat pujian netizen yang rata-ratanya kagum dengan gaya ‘cool’ model tersebut.

Malah, ada juga yang memuji idea kreatif Ashraff dan bercadang mahu menggunakan konsep yang sama.

Sebelum ini juga mereka pernah tular di laman Twitter selepas Ashraf menggayakan ayahnya menjadi ‘hypebeast’. Nampak cool habis!

Buat anda yang mahu menjimatkan kos upah model, boleh ikut idea kreatif Ashraff ini!

 

BACA: Setanding Model Terkemuka, Nama Gadis Down Syndrom Ini Dipersada Dunia!

Capture 33

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.