in

“Ini untuk aksi lagak ngeri” – Produksi Filem James Bond Simbah 40 Ribu Liter Coke Untuk Elak Jalan Licin

Cc 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem aksi risikan dari Britain yang popular, James Bond kini mencipta sebuah lagi filem bagi edisi ke-15 iaitu No Time To Die.


Ketika ini, filem tersebut masih dalam penggambaran dan pihak produksi ada berkongsi sebuah pendedahan yang menarik sepanjang proses penggambaran tersebut.

C 16

 

Simbah Cola Cola pada jalan untuk babak lagak ngeri

Menurut ketua aksi lagak ngeri, Lee Morrison, pihak produksi filem No Time To Die mendedahkan mereka menggunakan hampir 40,000 liter Coca Cola bagi mengurangkan kelicinan pada jalan berbatu di Itali.

Kaedah ini digunakan semata-mata untuk menghasilkan aksi lagak ngeri motosikal James Bond. Wow!

C4 1

Tambah Morrison, dia telah berbelanja hampir RM300,000 untuk pembelian Coca Cola tersebut.

“Saya menghabiskan hampir €60,000 (RM291,282) menumpahkan Coca Cola sekitar Matera,”

Idea ini telah diusulkan oleh pelakon utama filem mini iaitu Daniel Craig. Dia berpendapat langkah ini membolehkan pelakon penduanya Paul Edwards melompat menggunakan ramp setinggi 25 kaki pada kelajuan 60 batu sejam untuk merempuh dinding sebelum mendarat ke atas jalan raya yang berbatu.

C1 1 1

Tayangan ditangguhkan kerana Covid-19

Untuk rekod, No Time To Die sepatutnya dijadual menjengah pawagam pada 10 April 2021, bagaimanapun tarikh tersebut diubah sebanyak dua kali ekoran pandemik Covid-19.

Craig sebelum ini juga pernah menyatakan dia menyokong keputusan pihak produksi untuk menunda penayangan filem berkenaan.

“Panggung wayang di seluruh dunia ditutup ketika ini. Kami mahu menerbitkan filem berkenaan pada waktu sama di seluruh dunia namun waktu ini bukanlah yang terbaik,”

“Justeru, kami berharap 2 April akan menjadi tarikh sesuai untuk ia ditayangkan.”

C2 8

Sumber: NME

 

Baca: Remaja Lelaki Mati Selepas Tersalah Minum Coca-Cola Bercampur Pil Ekstasi Di Pusat Karaoke

C5 1

Sumber: Forbes
Sumber: Mashed
Sumber: YouTube
Sumber: Cinema Blend

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.