in

Remaja Lelaki Mati Selepas Tersalah Minum Coca-Cola Bercampur Pil Ekstasi Di Pusat Karaoke

Coke Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis hari jadi adalah saat yang menggembirakan bagi individu yang diraikan tambah-tambah lagi jika ramai rakan-rakan yang hadir meraikan bersama. Namun begitu, kegembiraan seorang remaja di Johor ini bertukar tragedi gara-gara tersalah minum minuman sewaktu bersama rakan-rakannya.

Menurut WORLD OF BUZZ, remaja lelaki 17 tahun bernama Ang itu tiba-tiba pengsan sejurus selepas meneguk segelas minuman Coca-Cola bercampur dadah ekstasi di sebuah pusat karaoke.


Cola2
sumber: sinchew

Ang yang bekerja di sebuah kafe siber tempatan baru pulang dari tempat kerja pada pukul 5 pagi sewaktu dia ke pusat karaoke untuk bersama meraikan hari jadi kawannya. Dia memesan minuman coklat pada asalnya, tetapi malangnya tersalah minum air Coca-Cola yang telah bercampur ekstasi.

Cola1 1
gambar hiasan

Ang yang muntah-muntah dan mengalami sawan sebelum pengsan terus dibawa ke hospital sewaktu kejadian. Namun, malang tidak berbau kerana Ang telah meninggal sebelum sempat tiba di hospital.

Terkejut menerima berita pemergian anaknya pada jam 10 pagi, bapa Ang yang merupakan seorang pemandu teksi menceritakan bahawa Ang adalah anak sulung dalam keluarga dan merupakan seorang anak yang baik selain selalu membelikan makanan kepada neneknya yang sakit.

Cola3
sumber: happitify

Ang khabarnya pernah mencuba dadah beberapa tahun lepas dek perasaan ingin tahu, tetapi berhenti kerana sedar akan bahaya dadah. Ang merupakan pelajar yang bagus tetapi berhenti sekolah kerana diganggu oleh sekumpulan individu. Dia dikatakan sudah menghantar borang untuk menyambung persekolahannya tahun hadapan.

Cola4
sumber: sinchew

Sedih dengan kejadian yang menimpa, bapa Ang menasihati agar remaja-remaja untuk tidak mencuba atau berhenti mengambil dadah kerana padahnya sangat teruk daripada apa yang disangka.

Dadah memang patut dijauhi, tapi rakan-rakan yang mendekati dadah juga wajar kita jauhi untuk kebaikan bersama…

Baca: “Jika benar mereka bawah pengaruh dadah, hukuman mati tidak dapat betulkan keadaan”- Bapa Mangsa

Sss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.