in

Ini Sebab Kenapa Hampir Semua Negara Tak Gunakan Warna Ungu Dekat Bendera

Ft Bendera Tak Ada Ungu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak, kalau tengok bendera nasional untuk setiap negara, tidak ada yang menggunakan warna ungu?


Kalau nak katakan sebab simbolik, ianya memang melambangkan sesuatu yang gah, tapi kenapa tiada dalam bendera? Paling banyak pun kita akan jumpa warna merah kan? Ini kerana….

 

Warna sangat mahal

Pada zaman dahulu, untuk menghasilkan warna ungu, ia amat memakan kos yang tinggi, boleh dikatakan harganya 3 kali ganda mahal daripada harga emas. Menurut sumber, disebabkan itu lah warna ini jadi warna simbolik untuk orang-orang atasan.

Screenshot 2022 03 08 190012

Oleh itu, pada abad ke 16, Ratu Elizabeth l telah melarang orang kebanyakan menggunakan warna ungu ini, malah peraturan itu juga diikuti oleh negara lain sampaikan ada yang anggap warna tersebut khusus untuk para-para dewa.

Tapi kenapa warna ungu ni mahal? Ia kerana warna ini pada waktu itu hanya boleh dihasilkan melalui sejenis siput jenis Bolinus Brandaris (Tyrian Purple) yang hanya ada di Tyre, Lebanon.

Screenshot 2022 03 08 185839

Nak dapatkan ekstrak warna ungu ini kena ada 10,000 siput tersebut untuk hasilkan 1 gram warna itu. Jadi bayangkan kalau nak buat sehelai baju, berapa banyak kena guna.

Namun begitu, pada tahun 1856, ahli kimia William Henry Perkin telah menghasilkan warna tersebut secara tidak sengaja ketika ingin menghasilkan ubat untuk malaria, selepas itu belau mempatenkan kaedah itu dan membuka banyak kilang yang khusus menghasilkan warna ungu yang membolehkan orang ramai menggunakannya.

Selepas itu, baru lah ada negara menggunakan warna ungu dekat bendera mereka, namun berubah ke warna lain selepas simbolik bangsawan untuk warna ini mula menghilang dan mudah didapati.

Kini, hanya ada 2 negara sahaja yang menggunakan warna ungu dekat bendera mereka iaitu Dominica dan Nicaragua

Baca : “Terus auto senyum” – Ramai Pemandu Terus Tersenyum Gara-Gara Ternampak Papan Iklan Warna Ungu

Mcis My Senyum Campaign

Sumber: hisour.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.