in

“Ini mengundang keraguan” – Suspek Utama Macau Scam Hilang Lepas Dikatakan Lari Panjat Pagar, PPIM Tuntut Penjelasan PDRM & SPRM

Datuk Lompat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh di media sosial suspek utama bergelar Datuk Seri yang terlibat dalam Macau Scam dan pengubahan wang haram dikatakan hilang dan melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan SPRM Isnin lalu. 


Apa yang lebih menimbulkan tanda tanya ialah bagaimana suspek yang menjadi dalang kes tersebut dan dikehendaki PDRM itu dikatakan melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM pula? Adakah dia dilarikan atau dibantu oleh pihak tertentu?

Sehingga kini, tiada maklum balas mengenai kejadian berkenaan yang dikeluarkan PDRM dan SPRM walaupun ia hangat diperkatakan media.

Percaya

 

“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah” 

Menurut Harian Metro, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh sebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikaikan masyarakat.

“Apakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?

“Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?

“Kita letak kepercayaan kepada penguat kuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.

71468392561 Nadzimjohan

Tambah Nadzim lagi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga patut bagi perhatian kepada perkara itu kerana ia boleh jejaskan imej penguat kuasa yang telah diberi imej besar.

Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meloloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?

“Ketika jangka masa penyerahan suspek kepada PDRM, kenapa tidak ada pengiring dan SOP yang dipatuhi? Ini mengundang keraguan.

“Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, suspek utama yang dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang SPRM di Putrajaya ini dikatakan melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Datuk Seri

Ketika kejadian itu, lelaki tersebut bersama 3 lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan 2 pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan Macau Scam.

Harap ditangkap dengan segera! 

Baca: “Siapa makan cili dia rasa pedas” – SPRM Dah Ada Senarai Penuh Macau Scam Termasuk Selebriti, Minta Tampil Sebelum Dipanggil

Pedas Ayam

Sumber: Twitter
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.