in

“Siapa makan cili dia rasa pedas” – SPRM Dah Ada Senarai Penuh Macau Scam Termasuk Selebriti, Minta Tampil Sebelum Dipanggil

Macau Senarai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai penuh mereka yang terlibat dalam Macau Scam termasuklah pihak yang menerima hasil daripada kegiatan haram itu, lapor MalaysiaGazette.


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki kini meminta mana-mana individu yang terlibat atau menerima ‘duit cuci’ itu dari Macau Scam untuk segera tampil membantu siasatan sebelum dipanggil sendiri oleh SPRM. Katanya,

“Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa yang akan dipanggil, namun siapa yang makan cili pasti rasa pedas.”

Azam1

“SPRM sebenarnya sudah mempunyai senarai penuh mereka yang terlibat dan menerima hasil daripada scam tersebut. Scam ini melibatkan banyak pihak. Mereka yang terasa pernah menerima, terterima wang ini daripada mana-mana pihak yang telah ditahan segera hubungi SPRM.”

“Saya bagi jaminan akan mengambil mereka sebagai saksi sekiranya bekerjasama. Mereka ini akan diberi perlindungan di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010.”

Macau

Menurut beliau lagi, sindiket penipuan itu turut melibatkan pelbagai pihak termasuklah selebriti serta ahli perniagaan. Sindiket penipuan terancang itu juga dipercayai telah membuka hinga beratus-ratus syarikat ‘dummy’ untuk salurkan wang haram berkenaan.

Mereka akan menyerahkan wang dalam bentuk tunai kepada ahli perniagaan untuk ‘dicuci’ menerusi operasi peniagaan yang sah. Selain itu, menurut Harian Metro, ada juga sindiket yang bertindak sebagai peminjam seperti along kepada individu berkenaan.

“Bila sudah melakukan kegiatan haram, mereka perlu mencuci wang ini. Dari sinilah mereka menyalurkan wang ini kepada beberapa pihak, antara kepada peniaga. Peniaga mungkin tidak tahu kerana diberi dalam bentuk tunai tetapi ahli-ahli sindiket ini memegang syarikat-syarikat tersebut dalam keadaan tertentu untuk pastikan dapat bayar balik.”

Baca: “Aik macam sama je?” – Macau Scam: 24 Kereta Mewah Disita SPRM, Netizen Dakwa Salah Satu Kereta Milik Shuib Sepahtu?

Sama Tapi Tak Serupa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.