in

Ini 5 Cara Nak Cari ‘Hidden Camera’ Bila Pergi Tandas Awam Atau Hotel

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu jugak kita dengar cerita orang terjumpa kamera-kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam tandas awam atau pun bilik hotel.



Tambah lagi zaman sekarang ni, semua benda boleh dapatkan online dan harganya pun taklah mahal sangat makin menjadi-jadilah perangai gatal sesetengah orang kan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan beberapa tips untuk cari hidden camera sama ada di tandas awam, di hotel atau fitting room. Tolong take note, lagi-lagi untuk orang perempuan.

Cara detect hidden camera

1. Guna lampu suluh pada telefon bimbit

Penggunaan lampu suluh ini sangat sesuai untuk tempat yang ada lubang atau gaps. Caranya, korang buka lampu suluh di telefon bimbit dan suluh ceruk-ceruk dinding, belahan pintu atau pada objek.

Kalau korang nampak ada refleksi dekat tempat yang korang suluh tu, kemungkinan besar ada kamera tersembunyi di situ.

Korang bolehlah cuba korek-korek dekat tempat tu atau alihkan barang untuk cari kamera tapi kalau takut, pergi je lah tempat lain.

2. Guna aplikasi kamera di telefon bimbit

Caranya lebih kurang sama dengan lampu suluh, buka kamera hadapan tapi tak perlu on flash. Halakan kamera pada mana-mana tempat yang ada kemungkinan boleh sembunyikan kamera.

Kalau korang nampak ada tompokan lampu melalui skrin kamera, ini bermakna ada kamera di situ dan ia sedang merakam korang.

3. Cari wifi berhampiran

Untuk pengetahuan korang, biasanya hidden camera akan gunakan wifi untuk transfer atau buat live stream video yang dirakam kepada perakam. Jadi, cuba korang buka wifi dan tengok kalau-kalau ada nama yang mencurigakan dan signal dia kuat.

Fs7Qltcusaaf6M0

4. Check lubang dan skru yang ada

Screenshot 2022 05 19 At 11.56.08 Am

5. Guna camera detector

Bolehlah cuba cara-cara ni, extra effort sikit tapi untuk keselamatan sendiri kan? Kalau korang ada terjumpa, cepat-cepat bagitahu polis. Kasi dorang settle je…

 

Baca: “Ingatkan pen, rupanya kamera” – Helah Lelaki Ini Gagal, Kantoi Letak Kamera ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Fi Tandas 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.