in

“Ingatkan pen, rupanya kamera” – Helah Lelaki Ini Gagal, Kantoi Letak Kamera ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Fi Tandas 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin maju negara, makin banyak pula akal seseorang itu untuk buat sesuatu perkara.


Seperti kisah ini, jijik! Itu saja yang boleh dikatakan apabila helah seorang lelaki dapat dihidu oleh pihak berkuasa.

Kamera bentuk pen

Kisahnya, pihak Polis Daerah Gombak berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja kilang di Taman Perindustrian Batu Caves, 26 Mac lalu. Apa yang menjijikkan, dia ditahan setelah kantoi meletakkan kamera tersembunyi berbentuk pen dalam tandas wanita.

 

Posted by Polis Daerah Gombak on Sunday, March 28, 2021

Lelaki tersebut berusia 41 tahun, dan dipercayai meletakkan kamera tersebut di bawah sinki di kilang tempat dia bekerja sejak awal bulan ini bertujuan untuk merakam video, lapor Berita Harian.

Apa jenis perangai la.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, perkara ini disedari seorang wanita berusia 27 tahun yang turut bekerja di kilang yang sama. Dia ternampak ‘pen’ berwarna hitam di bawah sinki dalam tandas, rupa-rupanya ia adalah sebuah kamera kecil.

 

Tandas 1

“Wanita terbabit kemudian mengambil kamera berkenaan dan membawa pulang ke rumah untuk memeriksa sebelum mendapati terdapat beberapa rakaman video jelas ternampak kemaluan dan mukanya serta beberapa rakan sekerjanya yang lain.

“Dia mengesyaki pen itu adalah milik seorang pekerja yang dikenali kerana terdapat paparan mukanya di dalam video itu yang sedang meletak dan mengambil kamera itu,” katanya.

Wanita itu kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada majikannya untuk tindakan lanjut sebelum membuat laporan polis. Kemudian, polis turut merampas pen berkenaan serta satu keping kad memori.

“Suspek kemudian ditahan pada 26 Mac lalu pada jam 11 pagi di kilang berkenaan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.

Peringatan untuk kaum hawa diluar sana, hati-hati okay.

 

Baca : “Tak ada pilih bulu”  Pihak Polis Jelaskan Kenapa Tak Terus Kompaun Tetamu Di Majlis Neelofa

Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.