in

“Ingatkan isteri dia zina dengan orang lain” – Dipenjara Sejak 2009 Tapi Banduan Palestin Dapat Anak, Rupanya…

penjara sperm

Menurut Gulf Times, salah seorang tahanan Rizk Bahaa Ali Al-Haroub, 35, dari bandar Dersamet baru-baru ini dilaporkan menimang cahaya mata. Al-Haroub telah ditangkap 10 tahun lepas dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidupnya.

sperm3
Sumber: MEMO

Bunyi pelik tapi rupanya dekat sana memang aktif kegiatan seludup sperma keluar dari penjara oleh banduan Palestin. Begitu juga Al-Haroub, dia menjadi salah seorang individu yang berjaya menyeludup keluar spermanya dan diserahkan kepada isterinya.

Pada 20 Disember 2019, jam 4.06 pagi lahirlah cahaya mata Al-Haroub dan pasangannya, Bahaa Lahroub. Mengikut laporan, sehingga kini 50 bayi telah dilahirkan hasil daripada penyeludupan keluar sperma dari penjara.

sperm
Sumber: Gulf Times

Pihak pengurusan penjara dikatakan sudah cuba untuk menghalang dan menghentikan aktiviti penyeludupan itu namun nampaknya sehingga kini mereka masih gagal.

23 banduan cuba melakukan penyeludupan sperma dari awal tahun 2015, dan mereka (berjaya) mempunyai 30 anak.”

Pada awal 2016, nombor (kelahiran) ini meningkat sehingga 28 banduan memiliki 38 anak. Jumlah itu meningkat kepada 39 tahanan dan mereka mempunyai 50 anak.”

– Riyad Al-Ashqar, jurucakap Pusat Tahanan Palestin

Pada September 2017, seorang isteri tahanan Palestin dilaporkan melahirkan bayi kembar hasil penyeludupan sperma keluar dari penjara. Kegiatan dan berita seperti ini dikatakan normal di mana ramai banduan berjaya memiliki anak meskipun dikenakan hukuman penjara yang panjang.

sperm2

sperm1
Sumber: MEMO

Baca: “Kenapa kejam sangat?” – [VIDEO] Staf Penjara Buat Bodoh, Banduan Terpaksa Teran Anak Sorang-Sorang Dalam Sel

beranak dalam penjara