in

“Ingat femes boleh buat ikut kepala sendiri ke?” – [VIDEO] Instafamous Dikecam Sebab Keluar Berdua Waktu PKP Semata-mata Nak Beli Bubble Tea

Feature 3 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Social media influencer sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terhadap masyarakat terutamanya kepada followers mereka. Dekat Malaysia ni dah la senang je nak jadi famous kan. 


Baru-baru ini viral di Twitter tentang seorang Instafamous lelaki yang dikatakan ingkar PKP sebab telah keluar berdua hanya sebab nak beli bubble tea. Bukan polis kata seorang wakil rumah je ke boleh keluar pada satu-satu masa?  

Tindakannya itu telah menimbulkan kemarahan netizen sebab dia sesuka hati keluar rumah macam tu. Padahal bubble tea tu boleh je beli guna perkhidmatan penghantaran makanan kan. 

Ingkar Pkp

Instafamous terbabit juga merupakan peserta rancangan realiti Hero Remaja yang disiarkan stesen TV tempatan.

Ingkar Pkp 1 1

Rata-rata menghentam lelaki itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya itu yang diibaratkan seperti tidak peka dengan situasi semasa.

Ingkar Pkp 2

Ada juga yang menyokong tindakan itu sebab katanya mungkin kedai bubble tea tersebut masih lagi dalam lingkungan 10 kilometer yang diarahkan.

Tapi, rasanya masih salah sebab kan kerajaan cakap sorang je boleh keluar. 

 

Baca: “Special betul influencer ni” – Netizen Kecam Instafamous Sebab Boleh Terlepas PKP Untuk Jumpa Menteri Pengajian Tinggi Bagi Contest TikTok

Igfamous

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.