in

“Ilmu akademik saja tak cukup” – Suhaimi Saad Ajar Anak Lipat Baju, Akui Ramai Diluar Sana Kurang Adab & Kemahiran

Ilmu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama penyanyi nasyid yang juga bekas kumpulan In Team, Suhaimi Saad sudah tidak asing lagi bibir netizen setelah mencetuskan beberapa kontroversi melibatkan pendiriannya mengenai vaksin, flat earth dan juga mempunyai alasan tersendiri untuk tidak hantar anaknya ke sekolah.

Suhaimi

Pun begitu, baru-baru ini menerusi satu posting Instagram, Suhaimi memberitahu yang dia kini sedang mengajar anak-anaknya untuk melipat kain baju sendiri.


Ujarnya, pendidikan akademik sahaja tidak cukup dalam mendidik anak-anak menjadi orang berguna dan berjaya.

https://www.instagram.com/p/CN59u_zB_R7/

Saya ajar anak-anak lipat kain baju sendiri. Ajarlah anak dengan ilmu al-Quran, hadis, akhlak dan kemahiran.

“Akademik sahaja tidak cukup untuk menjadikan anak-anak kita manusia yang berguna dan berjaya,” katanya.

Tambahnya lagi, dunia kini telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai tapi semuanya tidak beradab dan kurang berkemahiran. Emm ada betul jugak tu.

“Dunia hari ini dipenuhi oleh ramai orang yang terpelajar dan berkelulusan, tetapi kekurangan orang yang beradab dan berkemahiran.

“Puncanya tidak lain tidak bukan kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan,” katanya lagi.

Bagi admin, apa-apapun sama ada ilmu akademik, agama dan kemahiran, kesemuanya harus seimbang demi menjadikan anak-anak kita insan yang berguna di masa hadapan. 

Baca: “Aku rela mati…” – Tak Kira Apa Pun Orang Kata Tentang Kebaikan Vaksin, Suhaimi Saad Tetap Dengan Pendirian

Mati 1

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.