in

“IKEA takde IDEA” – Perkenalkan ‘Ice Dog’, Netizen Beri Komen Menu IKEA Ketinggalan Zaman

Aa 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gudang perabot dan peralatan rumah terkenal, IKEA sudah semestinya dikenali ramai. Jenama dari Sweden itu telah berjaya membuka sehingga 313 cawangan di serata dunia dan empat daripadanya ada cawangan di Malaysia.


IKEA bukan sahaja terkenal dengan hasil perabotnya yang menarik, malah mereka juga menyediakan restoran untuk para pengunjung menikmati makanan selepas penat membeli belah.

A3 1 4

Di restoran IKEA, pelbagai menu barat dan tempatan yang disediakan. Memang rambang matalah bila hendak memilih makanan. Korang pun mesti pernah pergi IKEA untuk makan meatball kan?

IKEA juga sering memperbaharui menu mereka supaya dapat menyajikan kepelbagaian kepada pengunjung. Namun, satu menu baharu yang diperkenalkan di IKEA Taiwan telah mendapat kritikan netizen.

Melalui sebuah posting di Twitter HYPERBEAST, IKEA Taiwan telah memperkenalkan ‘Ice Dog’ iaitu kombinasi dua makanan popular, Hot Dog dan Aiskrim. Menu ini dijual sebagai snek dan ditawarkan dalam dua perisa iaitu coklat dan vanila.

 

Menu ketinggalan zaman – Netizen

Pelancaran menu baharu itu sekali gus mendapat kritikan netizen yang mengatakan ‘Ice Dog’ sama seperti ‘Roti Aiskrim’ yang telah dijual sejak zaman 80an lagi dan mendakwa IKEA Taiwan ketinggalan zaman.

A 2 1 A1 1 1 A2 1

 

Untuk maklumat, ‘Ice Dog’ ini dijual pada harga $25 TWD bersamaan RM3.50. Tak mahal pun lah.

 

Baca: HELLO POLIS? Ada Syarikat Indonesia Cipta Aiskrim Perisa Indomie, Siap Ada Bawang Goreng Tabur!

A4 1 2

Sumber: Rasa
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.