in

“Ibu pergi mana”- [VIDEO] 2 Bulan Tak Jumpa Sebab PJJ, Reaksi Anak Rindukan Ibu Ini Buat Ramai Sebak

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan buat ramai rindukan keluarga diorang lagi-lagi yang sudah lama berjauhan sejak beberapa bulan lalu dan ada yang hampir setahun tak jumpa. Sama la, dah lama tak jumpa mak ayah dekat kampung tu.


Lebih menyedihkan bila anak yang sudah lama tak berjumpa dengan ibu dia yang duduk berjauhan.

 

Nak jumpa ibu

Menerusi perkongsian oleh Afiqqah Sani di Facebook semalam, wanita itu berkongsi reaksi seorang kanak-kanak yang menangis sebab terlalu rindukan ibu dia.

Facebook

Kanak-kanak berusia 2 tahun itu dipercayai sudah 2 bulan tak berjumpa dengan ibunya, siap tanya dekat si ayah mana ibu dia pergi. Weh, nak nangis bila dia tanya tu.

“Ibu… ibu pergi mana?”

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga cuba nak mengelak pandang muka ibu dia bila video call tapi tangisan kanak-kanak itu makin kuat sebab tak dapat berjumpa ibunya.

Anak Menangis

Si ayah cuba pujuk kononnya cakap nanti dia bawa pergi jumpa ibu tapi tangisan kanak-kanak itu tetap tak boleh berhenti menangis.

Wanita berkenaan faham yang larangan rentas negeri ini adalah untuk kebaikan rakyat demi mengurangkan jangkitan Covid-19 tapi dia juga berharap agar syarat rentas negeri ini diperhalusi untuk pasangan PJJ seperti mereka.

 

Ramai yang sebak

Di ruangan komen, rata-rata netizen rasa sebak dan sedih bila tengok reaksi kanak-kanak itu yang menangis sebab terlalu rindukan ibu dia.

Comment

Harapnya kes Covid-19 dekat Malaysia ni makin kurang dan dibolehkan rentas negeri dengan cepat. Tak sanggup nak tengok budak tu menangis rindu ibu dia. Dengan kita pun rasa nak menangis juga.

 

Sumber: Afiqqah Sani

Baca:”Last jumpa masa baby”- [VIDEO] Nenek Sanggup Redah 3 Jam Perjalanan, Semata-mata Nak Tengok Cucu Di Sempadan

Capture 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.