in

“Last jumpa masa baby” – [VIDEO] Nenek Sanggup Redah 3 Jam Perjalanan, Semata-mata Nak Tengok Cucu Di Sempadan

Fi Jumpa E1628906991747

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pengumuman tidak dibenarkan untuk merentas negeri dikeluarkan oleh kerajaan, ramai yang terpaksa akur dan bersedih.


Hal ini menyebabkan ramai yang tak dapat pulang ke kampung halaman atau melawat keluarga yang berada di sana.

Walau bagaimanapun, kebenaran rentas negeri ini hanya diberikan atas budi bicara terhadap urusan kematian, kecemasan melibatkan ahli keluarga, dan pasangan jarak jauh (PJJ)

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalang untuk sesebuah keluarga itu berjumpa di sempadan negeri.

 

Dua tahun  tak jumpa

Seperti kisah ini, apabila perjumpaan mereka terbatas oleh sebatang sungai yang membezakan dua buah negara.

Hal ini kerana si nenek itu kini berada di Thailand, manakala cucunya pula berada di Malaysia.

Kalau sebelum ini, mereka akan berkumpul setiap dua minggu sekali, tapi disebabkan pandemik ini menyebabkan hampir 2 tahun mereka tidak bertemu.

Disebabkan terlampau rindu, mereka pun setuju untuk bertemu di sempadan antara Kelantan dan Thailand.

Pertemuan itu juga bagi merealisasikan impian nenek untuk melihat cicitnya yang kali terakhir dilihat ketika dia masih bayi.

Lebih mengharukan, difahamkan sebelum pertemuan tersebut, si nenek terpaksa menempuh perjalanan selama 3 jam dari Pattani ke Golok untuk bertemu dengan cucunya itu.

Video berdurasi seminit telah dimuat naik di akaun TikTok @Shila_ss dan sehingga kini telah meraih hampir 90k views.

@shaqif.daniel

?????

♬ bunyi asal – Shila_ss – Shila_ss

Dapat dilihat si kecil itu seronok melambai kepada moyangnya , serta mereka juga sempat melakukan panggilan video di sana.

 

“Rindu tk dapat nak diungkap”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat momen itu serta ramai juga yang berkongsi kisah yang seakan sama seperti mereka lalui.

Reak Jumpa 1 Edeit

Reak Jumpa 2 Edit

Reak Jumpa 3 Edit

Alaaa sedihnyaa wehhh tengokkk!

 

Baca : [Video] Tak Tahan Rindu, Gadis Dapat Jumpa Mak Ayah Dekat Sempadan Sambil Disaksikan Polis Undang Sebak

Rindu4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.