in

“Ibu mundur…duduk!!!” – Tak Dengar Arahan Polis, Wanita Berniqab Disangka ‘Suicide Bomber’ Tapi…

Berniqab Ke Tu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Ibu mundur...duduk!!!" - Tak Dengar Arahan Polis, Wanita Berniqab Disangka 'Suicide Bomber' Tapi...
Loading
/

Selepas berlakunya insiden rusuhan di sekitar bandar Jakarta, Indonesia pada awal pagi 22 Mei haritu, rupanya telah berlaku satu kejadian di mana seorang wanita misteri dilihat berkeliaran di kawasan rusuhan.


Viral di media sosial video menunjukan wanita yang berniqah dan berjubah hitam itu tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa.

Ibu mundur.. ibu duduk!!!”

Wanita Niqaab
sumber: facebook

Menurut Coconuts, wanita tersebut memakai cermin mata dan mempunyai bagpack bersamanya dengan berkelakuan pelik selain menjauhkan diri daripada khalayak ramai. 

Pihak polis boleh didengari menjerit meminta wanita tersebut supaya berhenti bergerak dan undurkan diri. Namun, dia langsung tidak mengendahkan arahan tersebut membuatkan mereka menyangka dia merupakan pengebom berani mati.

Ibu yang memakai niqab, duduk sekarang bu, duduk!”

Yang lain jangan mendekat! Ibu berhenti, kami akan tembak!!”

Selepas beberapa percubaan menyuruh wanita berkenaan untuk berundur dan berhenti bergerak, pihak polis terpaksa menembak dan membaling gas pemedih mata ke arahnya.

Selepas dibaling gas, wanita tersebut berlalu pergi namun beberapa minit selepas itu berjaya ditahan pihak berkuasa. Keesokan hari, polis Indonesia mengeluarkan kenyataan tentang insiden berkenaan.

Kata mereka, selepas menggeledah beg wanita itu, polis tidak menemui sebarang bom. Beg tersebut hanya berisi air mineral, al Quran mini, buku tafsir dan sebotol ubat. Bukan itu saja, hasil siasatan awal, polis mendapati wanita berkenaan rupa-rupanya sedang mengalami tekanan perasaan.

Ia adalah bom palsu. Keputusan awal penyiasatan kami adalah bahawa orang yang dipersoalkan itu tertekan. Tetapi dia masih diperiksa oleh pakar psikiatri.”

Namun, menurut satu komen di Twitter pula, wanita itu sebenarnya memang pengebom berani mati tapi tersedar dan berjaya ditangkap. Hmm mana satu ni?!

Ibunya sudah diamankan. Diduga bawa bom dan mau meledakkan diri. Menurut ket, ibu ini ragu meledakkan diri sebelum diamankan. Mungkin tersadar.”

Wanita1

Wanita2

Wanita3

Wanita4
sumber: twitter

Polis kata tak jumpa bom pun, tapi netizen ni cakap memang dia nak letupkan diri. Mana satu ni…..

Baca: “Rakyat marah…”- Ramai Buat Rusuhan, Jemaah Dalam Masjid di Jakarta Ditembak Tanpa Belas Kasihan

Rusuhan Jakarta2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.