in

Ibu Buat Laporan Lepas Anak Didakwa Kena Pukul Dengan Pembaris Kerana Tak Siap Kerja Sekolah

Kena Tibai

Gara-gara tidak membuat kerja sekolah, seorang murid lelaki tahun tiga sebuah sekolah di Kuala Kedah mendakwa telah dipukul gurunya hingga mengalami kecederaan di tangan.

Menurut Kosmo, susulan kejadian tersebut, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah membuat laporan polis pada jam 4.36 petang semalam. Perkara ini juga telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

175682197 3062161467430974 5263467563897959921 N

Pengadu mendakwa dia menyedari kecederaan dialami anaknya yang berusia sembilan tahun ketika mahu menjemputnya pulang dari sekolah kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Kecederaan melibatkan bahagian lengan sebelah kiri, jari kiri dan muka sebelah kiri anaknya,” katanya.

Mangsa juga dalam pada itu mendakwa seorang guru telah memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

176117812 3062161680764286 4505044860877404808 N

Isu ini difahamkan telah tular di Facebook dan mendapat perhatian netizen yang berpendapat jika benar perkara tersebut berlaku, perbuatan guru berkenaan dianggap agak berlebihan.

176956863 3062161430764311 1692778044005277347 N

Pukul 1

Apa-apapun menurut pihak polis, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Uish kesian juga tengok adik tu sampai berbirat jadinya. 

Baca: “Dah la rakam, tak tutup muka. Apa motif cikgu?” – Ditangkap Berduaan di Tandas, Video Cikgu Marah Pelajar Ini Dikecam Sebab…

Ft Marahstudent

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook