in

“Dah la rakam, tak tutup muka. Apa motif cikgu?” – Ditangkap Berduaan di Tandas, Video Cikgu Marah Pelajar Ini Dikecam Sebab…

Ft Marahstudent

Sebuah video dimuat naik oleh satu akaun TikTok telah mengundang kritikan dan kecaman ramai netizen selepas dikatakan menunjukkan video dua pelajar dari Sabah dimarahi guru. Melalui video berkenaan, pelajar lelaki dan perempuan dari dua sekolah menengah berlainan dan dipercayai telah ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah tandas.

Seorang lelaki berbaju batik biru yang dipercayai adalah guru dilihat memarahi kedua-dua mereka serta meminta dua pelajar tersebut memberikan nombor telefon ibu bapa untuk dihubungi.

Awak sudah kurang ajar. Apa nombor telefon (ibu atau bapa)?”

Kau faham soalan saya? Apa nombor telefon bapak kau?”

Sab1

 

Netizen marah – tak blur muka, lencana sekolah

Video itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik si perakam kerana dikatakan tidak sepatutnya berbuat sedemikian.

Sudahlah merakam, netizen juga turut mengecam kerana muka dua pelajar tersebut serta lencana sekolah mereka tidak dikaburkan. Malah, ada yang turut membandingkan tindakan si perakam dengan stesen televisyen seperti TV3. Kata individu itu,

Sedangkan TV3 yang polis tu pun dorang tutup muka penjenayah.”

Comment1

 

Mengaibkan, merosakkan masa depan pelajar

Menurut netizen, paling tidak pun sebelum video itu dimuat naik, kaburkan dulu muka serta lencana sekolah mereka. Tindakan si perakam dan individu yang upload video itu di TikTok dikatakan mengaibkan dan boleh merosakkan masa depan pelajar berkenaan.

Ramai yang turut berpendapat agar isu tersebut diselesaikan oleh pihak sekolah, bukannya dirakam dengan niat untuk viralkan dan memalukan pelajar.

Comment2

 

Baca: “Kesilapan tak disengajakan” – Sekolah Menengah di Batu Pahat Dikecam, Asingkan Kokurikulum Ikut Bangsa & Jantina

Ft Kokurikulum

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok