in

Ibu Bimbang Anak Umur 3 Tahun Berlakuan Aneh Rupa-rupa Positif Dadah, Bapa Tiri Kini Dicari

Gambar Hiasan 1

Rasa bimbang seorang ibu yang melihat anak lelakinya berumur 3 tahun berkelakuan pelik baru-baru ini terjawab selepas dia membawanya ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

Menurut doktor yang bertugas di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, kanak-kanak tersebut rupa-rupanya telah didapati positif dadah. Uish biar betul ni??

Whatsapp Image 2017 11 18 At 07.24.57.Jpeg.transformed

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, hasil rawatan air kencing mangsa mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine, lapor Sinar Harian.

Pada 15 April, ibu kanak-kanak berkenaan telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah melihatnya berkelakuan aneh dan tidak seperti biasa.

“Rawatan dilakukan telah mengesahkan air kencing mangsa adalah positif dadah jenis amphetamine dan methapetamine,” katanya.

Siasatan awal polis juga mendapati pada 14 April lalu mangsa telah dijaga oleh bapa tirinya yang berusia 38 tahun di Nilai.

Susulan itu, polis kini sedang mengesan bapa tiri mangsa iaitu Mohd Faresh Khalid yang bekerja sebagai tukang jahit yang beralamat di Apartment Mawar Sari Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Taman Desa Jasmin, Nilai.

Suspek menurut polis dikehendaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

“Inilah bapa syaitan bertopengkan manusia” – Netizen 

Berita ini telah mendapat respon hangat netizen yang mana rata-rata mengeji perbuatan si bapa yang didakwa menjadi punca kejadian berlaku dan berharap pihak polis menyoal siasatnya segera.

Apoooo Masalah Orangsekarangghggg

Haih macam-macam lah kan. Sampai budak pun diberinya dadah. Kesian sangat. 

Baca: “Taktik baru ni” – Kucing Kantoi Cuba Seludup Dadah Ke Penjara

Kantoi

Sumber: Facebook