in

Ibu Bapa Mangsa Scam Kerja Luar Negara Buat Demonstrasi, Ini Respon PM

Ft Sindiket Tipu Kerja Luar Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di TikTok semalam, tular beberapa video satu demonstrasi yang dianjurkan oleh Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama beberapa NGO lain. Ianya difahamkan ingin membela nasib keluarga-keluarga mangsa yang menjadi sindiket penipuan kerja di luar negara.


Mereka difahamkan telah terperangkap dan teraniaya di negara tersebut. Dalam banyak-banyak perkongsian daripada Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, beliau ada menjelaskan bahawa sindiket yang ini amat berbeza dengan yang lain.

“Kita mendapat maklumat daripada keluarga mangsa sindiket merupakan sindiket yang dilindungi oleh pihak berkuasa di negara-negara terbabit.”

Jelasnya ada mangsa yang terdiri daripada rakyat Malaysia telah berjaya melarikan diri ke balai polis di negara-negara tersebut, namun mereka dihantar pulang kepada sindiket tersebut.

@ihishamuddinhashim

Kita perlu bantuan Perdana Menteri Malaysia untuk bantu #hishamuddinhashim #mhomalaysia #MHO #stayhuman #viral #fypage #fypシ #fyp #humanitarian

♬ Epic – DM Production

Jadi mereka berkumpul untuk memastikan bahawa perkara ini sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri untuk campur tangan isu ini agar dapat diselesaikan menerusi platform tertinggi iaitu ASEAN, bukan sahaja kepada kedutaan.

Luahan ibu mangsa

Disamping itu, ada ibu kepada mangsa menjelaskan bahawa mereka didera dan diseksa oleh ‘majikan’ sana, malah ada juga yang tertipu dengan tawaran kerja yang mereka berikan.

Lebih menyedihkan lagi layanan mereka sangat teruk sehinggakan tidak cukup waktu rehat, ada yang pernah hanya dapat tidur sejam sahaja dalam masa sehari untuk capai sasaran.

@ihishamuddinhashim

Luahan hati ibu.. anak-anak ditipu, diculik dan diseksa.. hati ibu mana yang dapat tahan..

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Respon PM

Pekara ini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri, setelah ada perjumpaan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dengan Presiden MCCC, Tan Sri Musa Hassan bersama Hishamuddin Hashim dan ahli kelurga mangsa sindiket.

Screenshot 2022 09 21 155232

Segala maklumat secara terperinci telah diperoleh dan Perdana Menteri memandang serius mengenai hal ini dan akan bentangkan ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Saya ingin tegaskan bahawa Kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yuang terkandas di beberapa negara Laos, Myanmar, Thailand dan Kemboja.”

Katanya lagi, usaha kini sedang dijalankan melalui semua saluran yang ada dan kerajaan akan memastikan bahawa mangsa-mangsa ini dibawa pulang dengan selamat.

@ihishamuddinhashim

Terima Kasih Perdana Menteri Malaysia #viral #fypage #fypシ #fyp #mhomalaysia #MHO #stayhuman #humanitarian #tansrimusahassan #hishamuddinhashim @ismailsabrirasmi

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Dalam pada itu beliau turut berpesan kepada seluruh keluarga di Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan tawaran pekerjaan di luar negara.

“Keluarga Malaysia perlu menyemak kesahihan tawaran kerja di luar negara melalui Wisma Putra bagi mengelakkan diri daripada terjebak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.”

Baca : Hati-Hati Dengan Scammer, Mula ‘Buat Kerja’ Dalam Grup Telegram Kolej

Page Scam

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.