in

“I don’t care if their look me up down” – Gadis Cakap English Pakai Loghat Terengganu Tarik Perhatian Netizen

Hgfrew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang kita boleh bahasa inggeris sangat penting dalam kehidupan kita kerana kebanyakan tempat di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan bandar dan pelancongan. Hal ini disebabkan, kebanyakan sektor pekerjaan kini memerlukan bahasa inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi.

Jadi, mempelajari bahasa Inggeris ini boleh dikatakan perlu dalam kalangan kita supaya dapat meningkatkan kemahiran diri justeru memudahkan kita untuk melangkah ke depan dan berinteraksi dengan mana-mana orang di dalam negara mahupun luar negara.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang gadis yang membuat videonya berbahasa inggeris di dalam kereta dan menarik perhatian netizen.

Gadis cakap English pakai loghat Terengganu

Video berdurasi seminit itu telah dikongsikan di laman TikTok Hajar yang memaparkan caranya berbahasa Inggeris menggunakan loghat orang Terengganu. Menerusi video itu dapat dilihat gadis tersebut sedang berada di dalam kereta dan membalas beberapa komen mengenai gaya percakapannya.

 

@hejeres

Replying to @ili wardah 🌼🇲🇾🇵🇸 helo sihter i faing tengkiyu

♬ original sound – hajar – hajar

“I don’t care if their look at me up down up down. I look them back left right left right.”

Nasihat supaya lebih yakin bercakap dalam English

Menurutnya juga, dia mengambil kesempatan untuk memberi sedikit nasihat supaya kita lebih yakin dalam berbahasa Inggeris walaupun broken. 

“But my point is when you want to talk in English.. if you talk in Ganulish but it’s still English.”

Dia juga menegasakan supaya hiraukan sahaja apa orang nak kata mengenai percakapan kita dalam berbahasa Inggeris dan sentiasa bercakap supaya dapat membiasakan diri dengan bahasa baru.

“If you speak English…you comfortable with it and then you’ll get better. So moral of the story, don’t care what people say.”

Cara gadis itu tarik perhatian netizen

Video tersebut raih perhatian netizen dengan rata-rata daripada mereka terhibur dengan gaya percakapan gadis tersebut. Ada juga yang kata gadis ini terlalu yakin dan berani memuat naik di media sosial. Betullah, buat apa nak malu kan sebab kita dalam proses belajar.

Screenshot 2022 08 26 At 12.09.12 Pm

Screenshot 2022 08 26 At 12.09.22 Pm

Screenshot 2022 08 26 At 12.09.33 Pm

Setuju dengan akak kita ni! Confident tu kena ada baru boleh maju ke hadapan. Apa pendapat korang pula?

Baca: “Sampai tua murid ingat” – [VIDEO] Ramai Tersentuh Tengok Adele Menangis Dapat Kejutan Dari Cikgu ‘English’

Screenshot 2022 08 26 At 12.14.11 Pm

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.