Tidak dapat dinafikan ramai yang terjejas dan kehilangan pekerjaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19.
Jadi, untuk meringankan beban mereka yang terjejas dari segi kewangan disebabkan pandemik, sebuah keluarga di Seksyen 19, Shah Alam telah bermurah hati untuk membantu mereka yang memerlukan dengan mengedarkan barang dapur secara percuma.
If you or your family know someone who’s financially affected due to covid, my parents are sponsoring these and they’re completely free for self collect in section 19 Shah Alam 😊 pic.twitter.com/P3LW12yt7D
— MARISSA (@maryssa__x) January 30, 2021
Perkara itu telah dikongsikan oleh Marissa menerusi Twitternya semalam. Difahamkan, kesemua barang keperluan asas itu telah disediakan oleh ibu bapanya. Antara barang dapur yang keluarga ni sumbangkan kepada orang ramai adalah beras, mi segera, minyak masak, tepung dan ikan sardin dalam tin. Besar pahala yang dorang ni dapat.
Percuma dan boleh ambil ikut keperluan
Keluarga terbabit telah meletakkan barang-barang tersebut di hadapan rumah dan sign ‘PERCUMA, Sila ambil ikut keperluan’ juga turut dipamerkan. Jadi, mana-mana individu yang terjejas boleh datang dan ambil barang-barang yang dorang perlukan.
Katanya, kesemua barang makanan tu habis dalam masa lebih kurang dua jam sahaja. Marissa juga mengatakan keluarganya akan edarkan lagi barang keperluan ni pada minggu depan.
Rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh keluarga tersebut dan mereka turut mendoakan agar keluarga ni akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Ada juga yang turut kongsikan perkara yang sama yang telah dilakukan di tempat lain. Betul lah orang kata, rakyat Malaysia ni ramai yang baik hati dan pemurah.
https://twitter.com/ptrizulaikhaaaa/status/1355505981510230021
Kalau ada antara kita yang berkemampuan, boleh lah contohi juga keluarga ni. Semoga akan ada lebih ramai lagi individu yang baik hati macam dorang.