in

“Allah ramainya!” – Ustaz Ebit Lew Nak Beri 100 Tablet Percuma, Tapi Terima Lebih 40,000 Mesej Mohon Bantuan

Bantuan Tablet Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di kala ibu bapa sedang pening memikirkan medium apa yang harus digunakan anak-anak dalam mengikuti kelas online di rumah atau PdPR, Ustaz Ebit Lew semalam telah mengusahakan satu inisiatif baru dengan membeli 100 unit tablet buat pelajar yang susah dan memerlukan.


Menerusi perkongsian di Facebook pendakwah ini, Ustaz Ebit telah meminta mereka yang mempunyai masalah tersebut untuk menghubungi nombor yang tertera demi mendapatkan bantuan tablet.

Pohon doakan yer. Baru beli biji 100 Tab untuk dihadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online. Siapa benar-benar perlu boleh hubungi 0175870294. Semoga menjadi asbab kebaikan- ebitlew

Posted by Ebit Lew on Thursday, January 21, 2021

 

Beribu-ribu orang serbu WhatsApp Ustaz Ebit 

Susulan posting tersebut, ribuan individu yang memerlukan telah menghantar mesej serta menghubungi Ustaz Ebit demi untuk mendapatkan tablet tersebut buat pembelajaran anak-anak mereka. 

Apa yang lebih mengejutkan, menerusi video TikTok yang dikongsikan seorang individu bersama ustaz tersebut, handphone miliknya hampir ‘jammed’ apabila beribu-ribu mesej bertubi-tubi masuk dalam waktu yang sama. Ya Allah… 

@farhanxzx

Ohh no oh no oh no no no #fypシ #fyp #foryoupage

♬ Oh No – Kreepa

Bilangan mesej tersebut daripada 18,000 meningkat hingga 43,000 mesej seperti yang dinyatakan dalam video di bawah.

@farhanxzx

Balas kepada @ketombeat10 yang req now 35k pagi esok mungkin 100k ?? ?? mohon maaf tak dapat bagi pada semua. Ada lagi kami bagi lagi #fypシ

♬ Oh No – Kreepa

 

“Maafkan saya yer tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya” 

Melihatkan begitu ramai yang menghantar mesej mahukan bantuan tablet, Ustaz Ebit hari ini memuat naik posting memohon maaf kerana tidak mampu memberikan lagi sumbangan tersebut.

Beliau juga berdoa semoga mereka yang mengalami kesusahan ketika ini dipermudahkan kehidupan mereka. Sebaknya min baca… 

Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang…

Posted by Ebit Lew on Thursday, January 21, 2021

 

Rata-rata netizen mengikuti isu tersebut sangat terharu dengan usaha yang dilakukan ustaz dan berharap bantuan tablet tersebut diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Bantu Ustaz

Semoga Allah merahmati usaha Ustaz Ebit Lew. Amin.

Baca: “Jika habis, kami tambah lagi” – Ebit Lew Beli 150 Kerusi Roda, Bagi Free Untuk Sesiapa Yang Memerlukan

Kerusi Roda

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.