in

Hotel Tak Ada Bisnes, Pengurus Sanggup Pegang Kad Manila Promosi Makanan Demi Bantu Staf Terjejas Kerana PKP

Pengurus Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan perlaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), industri pelancongan antara yang teruk terjejas kerana sektor tersebut terpaksa ditutup untuk mengelakkan penularan wabak COVID 19.


Hotel dan pusat pelancongan mengalami kerugian besar sehinggakan ada yang ditutup kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan. Disebabkan ini jugalah, ramai individu kehilangan pekerjaan.

Namun kita patut memuji usaha seorang pengurus hotel di Pulau Pinang ini kerana sanggup turun padang dan membantu staf hotelnya menjual makanan demi mencari alternatif lain dalam sumber pendapatan. 

Menurut Instagram Bernama, Jeffrey Lim iaitu Pengurus Hotel Red Rock di Jalan Maccalister, George Town dilihat memegang kad manila dan melaungkan ‘tiga ringgit, tiga ringgit’ semasa menjual makanan di luar bangunan hotel tersebut.

Menurut Jeffrey, pihak mereka terpaksa mencari sumber pendapatan lain kerana tiada tempahan pengunjung ke hotel berikutan PKP.

Kami lakukan ini adalah untuk bantu staf dan hotel untuk terus bertahan semasa musim Covid. Ini sajalah cara yang boleh kami lakukan kerana kami tak dapat apa-apa sangat dari kerajaan dan industri hotel,” katanya. 

Petugas di hotel tersebut juga telah mula menjual menu yang dimasak chef hotel tersebut bagi membantu mereka yang terdesak kerana tiada kewangan semasa tempoh PKP ini.

Antara menu yang dijual oleh hotel tersebut ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam serta kesemua menu ini hanya dijual dengan harga RM3 je! Murah benor tuuu! 

 

“Respect dengan tauke hotel ni. Cari duit dengan usaha sendiri” 

Rata-rata netizen memuji tindakan pengurus hotel tersebut yang mencari alternatif lain dalam mendapatkan sumber pendapatan buat para pekerjanya. Malah dia juga tidak malu dalam mempromosi makanan yang dijual hotel tersebut.

 

Nangis

Kita doakan semoga mereka yang tengah struggle cari sumber pendapatan masa PKP ni dimewahkan rezeki mereka. Amin! 

Baca: “Humanity restored” – Ramai Terjejas Sebab PKP, Keluarga Di Shah Alam Kongsi Rezeki Bagi Barang Dapur Secara Percuma

Percua

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.