in

“Bayangkan kalau tak buat…” – Hasil Saringan Ke Langkawi, 5 Individu Disahkan Positif COVID 19

5 Positif Ujian Saringan Ke Langkawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari pertama kemasukan pelancong dari negeri lain ke Pulau Langkawi melalui Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik.


Ramai yang excited untuk kembali bercuti, namun tak dilupakan SOP yang perlu dipatuhi untuk masuk pulau peranginan tersebut iaitu dengan melakukan saringan COVID 19 di pintu masuk udara dan laut.

Hasil saringan mendapati 5 kes positif telah dikesan terhadap individu yang mahu berlepas masuk ke Langkawi. Uish! 

Menurut Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Langkawi setakat jam 12 tengah hari semalam.

Jumlah ini membabitkan 1,250 orang disaring di 4 pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang lagi menerusi feri di Kuala Perlis.

Sg04 160921 Tinjauan Bn202109152650 1897589 20210916154309

Seramai 2,528 individu menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) dan lima kes positif Covid-19 dikesan manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan semua keputusan adalah negatif.

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian Covid-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham lagi, 5 kes yang dikesan positf adalah daripada kategori satu iaitu tak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi 10 hari.

 

“Beli tiket boleh takkan buat RTK test tak boleh” 

Berita tersebut telah mendapat respon positif netizen yang rata-rata bersyukur kerajaan menetapkan keperluan untuk membuat saringan COVID 19 demi mengekang penularan wabak tersebut di pulau peranginan itu.

Malah perkara ini juga untuk mengelakkan kita kembali dihantui pengalaman lampau seperti apa yang berlaku ketika PRN Sabah tidak lama dulu.

Komen Covid 19 Positif

Kepada yang dah sampai di Langkawi tu, selamat bercuti! Jangan lupa jaga SOP dan sentiasa amalkan 3S. 

Baca: Selepas Langkawi, Pulau Pangkor Pula Dijangka Buka 1 Nov Bagi Yang Terima Vaksin Lengkap

Pangkor

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.